ARKIB : 02/10/2007
PETALING JAYA - Pertembungan
juara Piala Malaysia, Kedah bertemu naib juara Piala FA, Perlis pada perlawanan
Piala Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah, 17 November ini akan membuka
tirai kempen Liga Malaysia musim 2007/08 sambil menyaksikan beberapa perubahan
baru.
Pengerusi Jawatankuasa
Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Che Mat Jusoh
berkata, pertemuan itu akan diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Star.
Menurutnya, jadual liga super
akan berjalan serentak dengan Piala Sumbangsih manakala Liga Perdana akan
memulakan kempen 19 November ini.
Kempen Liga Super akan
berakhir 29 Mac depan manakala Liga Perdana pada 28 Mac, bagi pertandingan
Piala FA pula akan bermula pada 11 Disember dan perlawanan akhir pada 31 Mei.
Saingan Piala Malaysia akan
bermula pada 19 April dan perlawanan akhir pula dijadualkan berlangsung pada 21
Jun, katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1002&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4vgHWN7gp
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan