ARKIB : 14/03/2007
KUALA LUMPUR UPB/My Team
mengambil alih peneraju buat sementara setelah mudah menewaskan Kelantan 2-0
dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV,
semalam.
Kemenangan tersebut memastikan
UPB/My Team mengutip 17 mata memintas Polis yang tidak dapat beraksi menentang
KL Plus di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dibatalkan akibat keadaan padang
yang teruk.
Perlawanan Polis-KL Plus akan
diadakan di Stadium Selayang malam ini.
Gol kemenangan My Team
dijaringkan oleh Dejan Milianic pada minit ke-11 dan Mohd. Haris Safwan di
minit ke-17 untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik.
Di Stadium Likas, Sabah sekadar
mengutip satu mata setelah hanya mampu seri 2-2 dengan Johor Pasir Gudang.
Di Stadium Darul Aman, Kuala
Muda Naza mengutip tiga mata berharga apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke
atas Shahzan Muda.
Di Stadium MPS Selayang PKNS
mengutip tiga mata berharga apabila mudah menewaskan ATM 3-1.
Sementara itu, dalam perlawanan
Liga Super, Negeri Sembilan terus hampa untuk mengutip tiga mata berharga
setelah hanya mampu seri 2-2 bertemu Perak di Stadium Tuanku Abdul Rahman
Paroi.
Gol-gol Negeri Sembilan
dijaringkan oleh Anuar Jusoh (m-42) dan Fhahurain Abu Samah (m-44) manakala
Perak memperoleh gol menerusi Ahmad Shahrul Azhar (m-37) dan Muhammad Khalid
Jamlus (m-73).
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4tOMz7JMS
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan