Oleh Mohd Rafi Mamat
Kuantan: Prestasi pemain yang
kini berada di kemuncak menjadi sandaran kukuh Pahang untuk menjinakkan pasukan
berstatus bintang Johor Darul Ta'zim (Johor DT) pada saingan Liga Super di
Stadium Darul Makmur, malam ini.
Aura kejayaan membenam musuh
tradisi LionsXII 2-1 minggu lalu bakal diteruskan pada pertemuan yang dilihat
lebih banyak berpihak kepada tuan rumah untuk mengutip tiga mata penuh.Ketua
pasukan Tok Gajah, Razman Roslan berkata, dia yakin kejayaan akan berpihak
kepada Pahang terutama selepas prestasi membanggakan dipamerkan pemain pada
perlawanan Piala FA menentang LionsXII.
Menurutnya, kelebihan beraksi
di gelanggang sendiri dengan sokongan peminat akan menjadi pembakar semangat
untuk berusaha mempamerkan persembahan terbaik seterusnya menjinakkan lawan.“Walaupun
ada sedikit kelonggaran di beberapa posisi, saya yakin semua itu dapat diatasi
pemain untuk meneruskan kejayaan kali kedua berturut-turut.“Saya bersama Zesh
Rehman, Damion Stewart dan Sharizan Salleh akan berusaha membentuk gandingan
mantap menangkis setiap asakan penyerang lawan terutama menerusi Luciano
Figueora, Pablo Cesar Aimar dan Amri Yahya,” katanya.
Dia berkata, untuk membentuk
persefahaman lebih baik dan berkesan pemain perlu banyak berkomunikasi di atas
padang selain saling membantu mengisi kekosongan posisi terutama apabila
diasak.
Razman berkata, sekiranya
pemain mampu mempamerkan corak permainan sama ketika menewaskan LionsXII tidak
mustahil kemenangan akan berpihak kepada Pahang yang kini berada di tangga
kesembilan.
Katanya, kehadiran semula
penyerang R Surendren dan Dickson Nwakaeme yang mengalami kecederaan pada
penampilan sulung bertemu LionsXII pada saingan Piala Sumbangsih turut diharap
menjadi senjata pemusnah Pahang.
SUMBER:MY METRO ONLINE 7.2.14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan