MyMetroArenaAsrol
sukanteam@nstp.com.my
KEMENANGAN 2-1 Pahang ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) kelmarin terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila tiga pemain import skuad Tok Gajah berdepan masalah kecederaan.
Mereka adalah kapten pasukan, Dickson Nwakaeme, Herold Goulon dan Ivan Carlos yang mencetuskan keresahan kepada pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh.
"Setakat ini, saya tidak dapat jangka sama ada tiga pemain ini dapat beraksi minggu ini kerana bergantung kepada tahap kecederaan.
"Goulon dan Carlos alami kecederaan pangkal paha dan kebiasaannya memerlukan tempoh antara semingggu atau dua minggu untuk pulih.
"Sudah pasti ia memberi kesan terhadap pasukan ketika Pahang baru sahaja melakar kemenangan selepas tewas dua perlawanan sebelum ini.
"Begitu juga nasib Nwakaeme yang tidak bermain kelmarin kerana mengalami kecederaan yang memerlukan tempoh untuk benar-benar pulih," katanya.
Sehubungan itu, beliau perlu melakukan percaturan pada empat baki perlawanan untuk berada di kedudukan lebih baik dalam saingan Liga Super.
"Diharapkan kecederaan dialami tidak serius tetapi saya perlu bersedia dengan segala kemungkinan jika mereka tidak boleh bermain pada perlawanan akan datang.
"Dengan komitmen dan kesungguhan dipersembahkan pemain muda, saya harap mereka dapat mengekalkan prestasi untuk bermain dengan lebih baik," katanya.SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2020 @ 2:36 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan