ARKIB : 05/03/2000
KELAB TNB Kelantan berjaya
menempatkan diri sebagai anggota ke-10 liga Perdana Dua musim depan selepas
mengatasi cabaran JKR Kedah 2-0 pada perlawanan play-off pusingan kedua di
Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur semalam.
Kemenangan itu membolehkan TNB
Kelantan mara dengan agregat 6-2 selepas mencatatkan kemenangan 4-2 pada
pertemuan pusingan pertama di gelanggang yang sama empat hari lepas.
TNB Kelantan jelas menguasai
permainan dan semakin selesa menerusi jaringan Saidi Mamat pada minit ke-39.
Gol kedua mereka diperoleh pada
minit ke-65 melalui Nordin Mohd. Shukri.
Perlawanan play-off itu
diadakan setelah kelab Perkasa Alam dari Terengganu menarik diri dari liga
Perdana Dua musim ini.
Jurulatih TNB Kelantan, Alimin
Ahmad berkata, beliau berterima kasih kepada para pemainnya yang tetap
menunjukkan kesungguhan walaupun turun pada pertemuan semalam dengan kelebihan
selesa.
''Saya berterima kasih kepada
pemain-pemain saya dan secara keseluruhannya saya puas hati dengan tahap
persembahan mereka setakat ini,'' katanya kepada pemberita selepas perlawanan.
Bagaimanapun Alimin berkata,
dua perlawanan tersebut turut mendedahkan kelemahan barisan serangan pasukannya
dan beliau berharap dapat menggilap bahagian tersebut sebelum kempen Piala FA
bermula.
Katanya, prestasi sebenar
pasukannya akan hanya diketahui apabila bersaing dalam pertandingan Piala FA.
''Saya akan berbincang dengan
pengurus pasukan mengenai kemungkinan mengambil pemain lagi terutamanya untuk
mengisi barisan serangan kami,'' katanya yang terpaksa menggunkan khidmat tiga
pemain skuad remaja termasuk Saidi dalam perlawanan play-off
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_09.htm#ixzz4T0MMCqAJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan