Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my LEGENDA bola sepak negara, Datuk Santokh Singh membidas
betapa kebanyakan pemain tempatan yang memegang tag harga sehingga bernilai
jutaan ringgit sebenarnya 'indah khabar dari rupa'. - Foto Hasriyasyah Sabudin
KUALA LUMPUR:
"Kalau (Datuk) Mokhtar
Dahari barulah layak bernilai jutaan ringgit!," kata legenda bola sepak
negara, Datuk Santokh Singh. Bekas pertahanan tengah skuad kebangsaan era 70-an
itu membidas betapa kebanyakan pemain tempatan yang memegang tag harga sehingga
bernilai jutaan ringgit sebenarnya 'indah khabar dari rupa'.
Malah tegasnya, mereka gagal
untuk memperagakan kualiti yang setara dengan apa yang dibayar untuk khidmat
mereka. "Saya lihat kebanyakan pemain kita dibayar lebih daripada nilai
yang sepatutnya dan tidak menunjukkan kualiti sebagai seorang pemain yang layak
menerima bayaran begitu tinggi apabila diturunkan ketika beraksi dalam sesuatu
perlawanan.
"Jika dinilai jumlah
perpindahan dan gaji yang sepatutnya diterima pemain tempatan, mereka
seharusnya bernilai sekitar RM10,000 hingga RM15,000 sahaja dengan mengambil
kira berdasarkan sumbangan yang diberikan terhadap kelab dan juga pasukan
kebangsaan," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas
nilai perpindahan pemain tempatan yang mencecah sehingga jutaan ringgit yang mana
situasi ini memberi kelebihan terhadap pasukan yang memiliki sumber kewangan
besar untuk mencipta 'pasukan impian' dengan mendapatkan pemain terbaik di
seluruh negara.
BH Sukan semalam melaporkan
ayam tambatan Selangor, Ahmad Hazwan Bakri sah menyertai Johor Darul Ta'zim
(JDT) dengan yuran perpindahan yang difahamkan mencecah kira-kira RM1 juta.
Difahamkan, jumlah itu termasuk dengan nilai tebus kontrak yang bernilai lebih
RM600,000 selepas kontrak pemain berusia 25 tahun itu masih berbaki setahun
dengan The Red Giants. Santokh berkata, beliau mengerti betapa bola sepak kini
menjadi satu perniagaan dengan setiap pasukan yang berkemampuan boleh
menawarkan apa sahaja jumlah untuk mendapatkan pemain yang diinginkan mereka.
"Namun jika pemain yang
dibeli itu tidak memberikan persembahan yang terbaik dan gagal menarik
kehadiran penyokong ke stadium, jadi apa gunanya mereka dibayar mahal-mahal.
"Bagi saya, jika seseorang pemain itu diletakkan bernilai jutaan ringgit,
kualiti mereka sepatutnya setaraf dengan legenda bola sepak negara, Mokhtar
tetapi setakat ini, tiada satu pemain pun yang berada dalam kelas yang sama
dengan bekas penggempur kebangsaan itu," katanya.
Sumber-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/223638
Tiada ulasan:
Catat Ulasan