Oleh YATIMIN ABDULLAH
30 September 2020, 12:42 pm
KOTA BHARU: Nama Norizam Tukiman terus meniti di bibir penyokong The Red Warriors (TRW) apabila sekali lagi menjadi hero dengan menyelesaikan hutang lapuk 124 pemain dan pegawai skuad belia yang keseluruhannya berjumlah RM195,476.89.
Bayaran tersebut melibatkan barisan skuad Piala Presiden dan Belia Kelantan bagi musim 2019 dan 2020.
Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata, beliau gembira dapat melunaskan tunggakan hutang yang disifatkan sebagai ‘duri dalam daging’ buat pasukan itu.
“Alhamdulilah, semakin hari masalah hutang yang membelenggu selama ini semakin selesai.
“Insya-Allah, selepas ini saya dan pihak pengurusan akan memberi tumpuan penuh kepada misi dan visi membina TRW ke arah yang lebih baik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Kata Norizam bayaran itu dibuat bermula semalam menerusi syarikat guaman Tetuan Alawi.
Katanya, bayaran itu adalah sebahagian daripada pinjaman beliau berjumlah RM3.8 juta kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebelum ini.
Tindakan itu memperlihatkan kesungguhan Norizam untuk memulihkan bola sepak Kelantan biarpun baru mengambil alih TRW pada 3 September lalu.
Beliau sebelum ini turut mengeluarkan RM2.4 juta untuk melangsaikan hutang 15 bekas pemain dan pegawai TRW dari
musim 2017, 2018 dan 2019.SUMBER-UM ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan