Sabtu, 19 September 2020

Piya lega tuntutan tunggakan gaji selesai

 SUKAN»Bola

Ahad, 20 September 2020 | 10:49am

Bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi.

Oleh Zulfaizan Mansor

zulfaizan@bh.com.my



KUALA LUMPUR: Bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi mengakui lega selepas perjuangannya menuntut tunggakan gaji dengan pasukan itu akhirnya membuahkan hasil.

Ia selepas pemilik baharu Team Red Warriors Sdn Bhd (TRW), Norizam Tukiman dilaporkan sudah menyelesaikan tuntutan tunggakan gaji Mohd Badhri bersama 14 lagi bekas pemain dan pegawai pasukan itu, kelmarin.

Malah, Mohd Badhri atau Piya turut memuji usaha Norizam yang dilihat benar-benar serius dalam menyelamat dan menaikkan semula TRW yang pernah bergelar pasukan gergasi dalam kancah Liga Malaysia.

"Terima kasih kepada pemilik baharu TRW dan kita sangat berharap beliau boleh melakukan perubahan dalam menaikkan kembali pasukan Kelantan.

"Sebagai bekas pemain, saya juga sebenarnya sedih melihat nasib pasukan Kelantan sebelum ini dan sangat berharap TRW boleh meningkat kembali menjadi pasukan yang digeruni," katanya kepada BH Sukan.

Semalam, TRW mengeluarkan kenyataan bahawa sudah melunaskan tunggakan gaji membabitkan 15 bekas pemain dan pegawai pasukan itu.Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham sebelum ini menegaskan fokus utama beliau ketika ini bagi membayar hutang lapuk TRW dan memastikan pasukan itu tidak berdepan masalah dalam mendapatkan lesen beraksi dalam liga musim depan.sumber-SUKAN BH ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan