Ahad, 27 September 2020

Yusri gesa benteng pertahanan Kelantan FC diperkukuh

SUKAN



YUSRI mahu anak-anak buahnya memperkukuhkan benteng pertahanan pada baki dua aksi Liga Premier musim ini.

Yusri gesa benteng pertahanan Kelantan FC diperkukuh

Oleh KOSMO!

27 September 2020, 9:36 pm

PENGENDALI The Red Warriors (TRW), Yusri Che Lah menegaskan agar benteng pertahanan dan jentera serangan pasukannya perlu diperkukuhkan sekiranya mahu meraih keputusan positif bagi baki dua perlawanan Liga Premier selepas ini.

Yusri berkata, benteng pertahanan pasukan Kelantan FC itu dilihat sedikit goyah terutama pada minit-minit terakhir perlawanan meskipun berjaya melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Sarawak United kelmarin.

Menurutnya, jentera serangan TRW juga dilihat ketandusan idea apabila gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang pada perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, saya bersyukur atas kejayaan yang diperlukan pasukan TRW Kelantan FC.

Saya akui kita tidak beraksi baik, namun pemain menunjukkan komitmen dan usaha tinggi. Akhirnya kita menang waima jaringan hadir minit ke-84,” katanya.

Pada aksi itu, sepakan penalti Nazrin Nawi pada enam minit sebelum tamat perlawanan menyelamatkan Kelantan FC yang menang tipis 1-0 ke atas Sarawak United.

Kelantan FC yang kempunan tiket ke Liga Super musim depan kini menghidupkan peluang untuk memburu slot Piala Malaysia.

Kemenangan itu menyaksikan Kelantan FC melonjak ke tangga ke lima dalam carta Liga Premier dengan mengumpul 11 mata hasil sembilan perlawanan.SUMBER-KOSMO ONLINE 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan