Selasa, 29 September 2020

JDT boleh julang Liga Super Jumaat ini



PERTEMUAN JDT menentang Sabah, Jumaat ini akan diteruskan mengikut jadual. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS

Oleh Media Mulia

29 September 2020, 7:47 pm


KUALA LUMPUR: Hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menjulang Liga Super ketujuh berturut-turut di laman sendiri, Jumaat ini cerah selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan perlawanan Harimau Selatan menentang Sabah di Stadium Sultan Ibrahim akan diteruskan mengikut jadual.

Malah, pertembungan Melaka United dan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada hari yang sama juga akan diteruskan.

Status kedua-dua perlawanan sebelum ini menjadi tanda tanya selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan semua individu yang baru tiba dari Sabah menjalani ujian swab Covid-19 serta perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) sehingga keputusan makmal dikeluarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Abdul Ghani Hassan bagaimanapun berkata, jika pindaan jadual terpaksa dilakukan ia akan diumumkan kelak.

Jadual kekal 2 September, tiada perlawanan tertangguh. Cuma jangan ada yang kena (positif Covid-19) tapi di liga lain pun ada (pemain positif) cuma yang kena itu saja tak boleh main.

MFL sentiasa berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Sabah dan sebelum ini juga kita berhubung dengan Melaka United. KKM pun sangat membantu kita,” katanya hari ini.

Melaka terpaksa mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selepas terbabit dengan aksi Liga Super berdepan Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, kelmarin.

Ia termasuk pemain dan pegawai pasukan itu kemungkinan terpaksa menjalani kuarantin di rumah, sekali gus bakal berdepan kekangan masa untuk melakukan persiapan berdepan Kedah.

JDT hanya memerlukan satu mata lagi untuk mengesahkan kejuaraan..SUMBER-UM ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan