JDT hampir pasti menjulang kejuaraan Liga Super ketujuh berturut-turut. - JOHOR SOUTHERN TIGERS
Oleh Nor Azan Fitri Ahmad Hidzir
18 September 2020, 12:07 p
KUALA LUMPUR: Ia mungkin kenyataan yang pahit untuk ditelan penyokong Selangor, namun B. Sathianathan percaya, berjaya pulang bersama satu mata dalam kunjungan ke Johor Darul Ta’zim (JDT) esok sudah dianggap ‘bonus’.
Malah pengendali Red Giants itu menegaskan, amat mustahil buat mana-mana pasukan menghalang Harimau Selatan daripada dinobat sebagai juara Liga Super kali ketujuh berturut-turut biarpun saingan masih berbaki empat perlawanan.
Kata Satianathan, pertemuan menentang JDT tidak mudah kerana realitinya mereka pasukan yang hampir sempurna dan terlalu konsisten.
Bagaimanapun kata bekas Ketua Jurulatih Malaysia itu, dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku dan paling penting Selangor perlu turun dengan mentaliti yang kuat.
“Realitinya JDT tidak senang nak lawan, mereka pasukan paling konsisten dan muncul juara Liga Super enam kali berturut-turut bukan kerana nasib.
“Kalau seri pun sudah dikira bonus…penyokong mungkin tidak suka dengan apa saya cakap ini tetapi inilah realiti,” kata Sathianathan kepada Utusan Malaysia.
B. SATHIANATHAN
Harimau Selatan hanya memerlukan dua lagi kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan musim ini dan berusaha mengekalkan rekod tanpa kalah.
Sementara itu, Satiantahan mengakui, ketumpulan jentera serangan Selangor juga membimbangkannya dan dia mengakui sudah pelbagai usaha dilakukan bagi mengatasi masalah itu semasa sesi latihan.Katanya, dalam perlawanan sebelum ini, banyak peluang dicipta oleh Selangor tetapi mereka gaga memanfaatkannya.
Red Giants tidak boleh mengulangi kesilapan sama apabila berdepan JDT.
“Kita kena cipta peluang sebanyak mungkin tetapi dengan JDT bukan senang, jadi kena manfaat setiap peluang.“Sebagai pasukan, pemain kena ada mentaliti yang kuat dan buktikan mereka berhak pakai jersi Selangor,” katanya.SUMBER-SUKAN UM ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan