Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my
Brendan GAN
KOTA BHARU - Hasrat pemain
kelahiran Australia, Brendan Gan untuk menyarung jersi The Red Warriors hampir
menjadi kenyataan apabila dia memperoleh taraf kerakyatan negara ini selepas
menerima kad pengenalan kelmarin.
Berita gembira tersebut
disahkan oleh Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar
Musa menerusi status Facebook miliknya kelmarin.
"Tahniah Brendan Gan, dia
telah menerima kad pengenalan Malaysia hari ini (kelmarin) secara rasmi.
"Dia akan memulakan
latihan dengan skuad The Red Warriors minggu depan," katanya dalam status
tersebut.
Sebelum ini KAFA berusaha
mendaftarkan bekas penyerang import Sabah musim 2012 itu sebagai pemain
tempatan namun ditolak oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana peraturan
FAM menetapkan mana-mana pemain yang didaftarkan selaku pemain tempatan perlu
mempunyai kad pengenalan atau pasport Malaysia.
Tonggak tengah itu pernah
menganggotai skuad Sydney FC dalam Liga Australia pada 2008 hingga 2011.
Kehadiran Brendan dijangka
memberikan pilihan kepada jurulatih Kelantan, Steve Darby untuk menyediakan
ramuan terbaik buat The Red Warriors.
Sementara itu, Setiausaha Agong
KAFA, Azman Ibrahim berkata, pendaftaran pemain tersebut akan dibuat pada 23
Mac ini, iaitu pada tarikh pintu perpindahan kedua pemain dibuka.
Menurut Azman, sekiranya
memenuhi syarat yang ditetapkan oleh FAM, Gan dijangka mula beraksi bersama The
Red Warriors sebaik sahaja urusan pendaftaran selesai.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140307/su_02/Hajat-Brendan-sertai-Red-Warriors-hampir-terkabul#ixzz2vIeijlmW
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan