JOHOR BAHRU - Bekas pemain
antarabangsa Argentina, Pablo Aimar meminta Johor Darul Ta'zim (JDT)
melepaskannya manakala tonggak pertahanan, Baihakki Khaizan direhatkan oleh
pasukan itu untuk baki perlawanan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Aimar dikatakan minta
dilepaskan dengan alasan tidak serasi dengan corak permainan bola sepak
tempatan manakala pemain pertahanan terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan
2013, Baihakki pula gagal memikat hati barisan jurulatih JDT yang kini diketuai
oleh Bojan Hodak dan Rajko Magic.
Pemain kebangsaan Singapura,
Baihakki memaklumkan mengenai keputusan itu menerusi akaun Instagram miliknya,
baihakki06 semalam.
"Selamat tinggal
kawan-kawan Johor ku, mahu pun di luar padang atau pun di luar sana. Saya ingin
ucapkan ribuan banyak terima kasih atas peluang menyarung jersi JDT dan sampai
sini saje sumbangan saya.
"Saya tak ingat (fikir)
perkara begini boleh berlaku tetapi itu keputusan ahli pelatih (jurulatih).
Berjuanglah teman hingga ke garis penamat," tulisnya.
Bekas ketua pasukan Harimau
Selatan itu turut memaklumkan mengenai status dirinya yang direhatkan buat
sementara waktu dan dijangka akan beraksi semula bersama JDT II musim depan.
Sementara itu, perkara tersebut
menjadi isu hangat di laman Facebook dan beberapa peminat JDT menjalankan
kempen #savebaihakki di internet selain menuntut penjelasan daripada pihak
pengurusan JDT.
Bagaimanapun buat masa ini
tiada kenyataan rasmi dikeluarkan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ)
berhubung perkara itu.
RUJUKAN-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140420/su_07/Aimar-minta-lepas-Baihakki-direhatkan#ixzz2zNP5zWHY
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan