Jumaat, 18 April 2014

Figueroa lonjak Johor DT

Oleh Rizar Mohd Noor

Johor Bahru: Jaringan pada minit akhir perlawanan oleh Luciano Figueroa melengkapkan kemenangan ‘hatrik’ Johor Darul Takzim (Johor DT) menewaskan T-Team 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Larkin, semalam.

Dengan kemenangan itu, Johor DT kini melonjak tangga kedua liga menyamai pungutan mata dengan Terengganu yang turut mengumpul 25 mata namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan memihak pasukan dari Pantai Timur.


Di awal perlawanan sudan ada tanda kesungguhan skuad Harimau Selatan memburu gol pada minit kelima namun rembatan lemah Safee Sali menyelamat gawang skuad The Titan daripada dibolosi berpunca daripada umpanan Mahali Jasuli.
Penguasaan tuan rumah hampir tercalar dengan jaringan awal The Titans m-18 tetapi tiang gol menjadi penyelamat selepas bola sepakan percuma kapten Mohd Marzuki Yusof dari jarak 25 meter dinafikan.


Anak didik Mohd Azraai Khor Abdullah mengambil kesempatan daripada kealpaan benteng pertahanan tuan rumah apabila meledak jaringan m-24 berpunca daripada lorongan Jimmy Mulisa yang membuka ruang kepada Leandro Dos Santos menyudah umpanan itu menewaskan penjaga gol, Mohd Izham Tarmizi.


Gol itu menyentap pasukan bimbingan Bojan Hodak dan Rajko Magic apabila mula menggandakan serangan dan hampir menyamakan jaringan m-26 namun bola rembatan lencong Mohd Amri Yahya ditepis keluar penjaga gol, Mohd Shahrul Sa'ari.

Kesungguhan Mohd Amri membuahkan hasil apabila bola sepakan lintangnya m-30 tepat kepada Luciano Figueroa yang menanduk bola menjaringkan gol penyamaan.


Gawang gol pelawat terselamat m-65 daripada bola sepakan pemain gantian, Nurul Azwan Roya diselamatkan Marzuki dengan menyepak keluar biarpun Shahrul sudah tertewas.

Pablo Aimar yang dimasukkan menggantikan Safee beri impak kepada serangan tuan rumah dan akhirnya Figueroa menyambar peluang terbaik menanduk gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan.

RUJUKAN- MYMETRO ONLINE 19.4.14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan