09 Februari 2015 12:55 AM
Nazirul Naim Che Hashim
KUALA LUMPUR – Faizat Ghazali
muncul wira selepas gol kemenangannya membawa skuad bawah 22 tahun Malaysia
menjulang Piala Emas Bangabandhu 2015 dengan menewaskan skuad kebangsaan
Bangladesh 3-2, semalam.
Tandukan penyerang berjersi
nombor 17 itu hasil sepakan sudut Syazwan Andik membolehkan skuad bimbingan
Razip Ismail mengulangi kejayaan bergelar juara seperti edisi 1997.
Ketika itu Malaysia B
menewaskan PSM Ujungpandang (Indonesia) 2-1 dalam perlawanan akhir.
Kejayaan ini turut menjadi
penyuntik semangat skuad belia yang turut menggabungkan pemain Harimau Muda A,
menjelang misi lebih penting, Kelayakan Bawah 23 Tahun Asia, bulan depan.
Kedua-dua pasukan nyaris
diheret ke masa tambahan selepas terikat 2-2 sehingga masa kecederaan babak
kedua perlawanan akhir di Stadium Nasional Bangabandhu, Dhaka, Bangladesh.
Malaysia mendahului agak selesa
hasil jaringan sepakan bebas cantik lebih 20 meter oleh Nazirul Naim Che
Hashim dan tolakan S. Kumaahran.
Namun, tuan rumah enggan
menyerah mudah apabila menyamakan kedudukan 2-2 menerusi Jahid Hasan Ameli dan
Yeasin Khan.
Kedua-dua jaringan berpunca
daripada lontaran ke dalam dan sepakan sudut pada minit ke-48 dan 59.
Anak-anak buah Razip terdahulu
menewaskan skuad sebaya, Singapura 1-0 dalam separuh akhir selain menjuarai
Kumpulan A dengan menewaskan tuan rumah dan Sri Lanka 2-0.
Malaysia selaku tuan rumah,
bakal berdepan Jepun, Vietnam dan Macau dalam Kumpulan I Zon Timur Kelayakan
Asia Bawah 23 Tahun dari 23 hingga 31 Mac ini.
Sepuluh juara kumpulan dan lima
pasukan terbaik tempat kedua daripada semua kumpulan (15 pasukan) akan layak ke
pusingan akhir di Qatar, Januari 2016.
Kejohanan itu turut menjadi
menjadi kelayakan Sukan Olimpik Rio yang mencari tiga terbaik wakil Asia.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/skuad-muda-negara-muncul-juara-piala-emas-bangabandhu-1.57481#sthash.ha0qSoHY.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan