Selasa, 17 Februari 2015

Taktikal menyerang Kelantan nyata menjadi

-17 Februari 2015 1:36 AM
 PENYERANG Kelantan, Emmanuel Kenmogne  (kanan) cuba melepasi hadangan
PENYERANG Kelantan, Emmanuel Kenmogne  (kanan) cuba melepasi hadangan
PENYERANG Kelantan, Emmanuel Kenmogne (kanan) cuba melepasi hadangan pertahanan Lions XII dalam aksi Liga Super, kelmarin.
KOTA BHARU – Percaturan pengendali Kelantan, George Boateng yang mempertaruhkan corak permainan menyerang membuahkan hasil apabila The Red Warriors berjaya menumpaskan Lions XII 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini kelmarin.
Boateng berkata, dia gembira apabila barisan pemain Kelantan berjaya mengadaptasikan corak permainan me­nyerang sepanjang 90 minit perlawanan.
Menurutnya, walaupun taktikal tersebut agak berisiko, namun ia merupakan cabaran untuk barisan pemainnya pada perlawanan itu.
“Saya tahu mereka (Lions XII) datang ke sini dengan harapan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata, tetapi kami memilih untuk bermain secara menyerang dengan mempertaruhkan dua penggempur sambil meletakkan Piya (Mohd. Badri Radzi) di belakang untuk membantu mereka.
“Saya nampak dua pertahanan mereka sedikit tertekan dan kami menggunakan kesempatan itu untuk mendapatkan jaringan pada perlawanan tersebut,” katanya.
Dalam perlawanan tersebut, tonggak pertahanan import dari Australia, Jonathan McKain meletakkan The Red Warriors di depan seawal minit keenam menerusi tandukan kencang selepas bijak menghidu bola sepakan sudut Mohd. Fitri Omar, sebelum Mohd. Badhri menambah gol kedua pada minit ke-42.
Pengendali dari Belanda itu memberitahu, kemenangan tersebut turut dibantu oleh kerja keras barisan pemainnya selain memanfaatkan peluang terhidang.

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/taktikal-menyerang-kelantan-nyata-menjadi-1.60441#sthash.h2BUB9e6.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan