KOTA BHARU - The Red Warriors mengesahkan akan mengikat tiga pemain kelahiran Kelantan bertaraf kebangsaan bagi memperkuatkan pasukan menghadapi saingan musim hadapan.Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, ketiga-tiga pemain berkenaan menunjukkan minat untuk kembali menyarung jersi Kelantan musim hadapan.Beliau berkata, proses rundingan perpindahan telah pun selesai bagi membolehkan mereka beraksi bersama The Red Warriors musim depan.Menurutnya, perpindahan mereka akan bermula musim depan selepas kontrak tamat pada akhir Oktober ini.[1]
"Kini, mereka dalam proses menyelesaikan urusan bersama pasukan masing-masing dan kita mengalu-alukan kedatangan mereka menyertai pasukan Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa The Red Warriors bersama 800 warga tentera 8 Briged di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, kelmarin.
Antara nama yang dikaitkan dengan perpindahan tersebut ialah pemain kelahiran Tumpat, Mohd Nazrin Mohd Nawi yang sebelum ini mendapat tawaran lumayan dari pasukan selatan tanah air.
Ditanya mengenai status pemilihan Nazrin, Annuar berkata, meskipun ditawarkan gaji yang lumayan oleh pasukan lain, namun bagi pemain ada ketikanya mereka lebih berminat menyertai pasukan baharu yang dapat memberi kepuasan bekerja.
"Perpindahan pemain adalah perkara biasa, dan mereka (pemain) sendiri mempunyai sasaran untuk memasuki mana-mana pasukan tanpa hanya melihat pada gaji yang ditawarkan, ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Annuar memberitahu, KAFA mahu meremajakan semula pasukan bola sepak Kelantan dengan mengambil pemain yang lebih muda sekitar usia 25 tahun.
Katanya, ia bagi memastikan prestasi dan stamina pemain dapat dipertingkatkan bagi membantu Kelantan memenangi semula kejuaraan-kejuaraan sebelum ini."Tahun ini, kita hanya berjaya mengekalkan satu daripada tiga piala yang dimenangi musim lalu, iaitu Piala FA.''Jadi kita mahu pemain-pemain muda ini dapat membantu menaikkan kembali prestasi pasukan," tegasnya.[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan