Selasa, 1 Mac 2016

Selangor benam Sarawak 4-2, kuasai carta liga

Oleh Azidan Nahar zidan@bh.com.my
 
PEMAIN Selangor, Adam Nor Azlin (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Sarawak, K Thanaraj pada perlawanan Liga Super 2016 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. - Foto Osman Adnan KUALA LUMPUR:

Selangor merampas kedudukan Liga Super dengan berkongsi 10 mata bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila menang 4-2 mengatasi Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi. Pendahulu sebelum ini, FELDA United tewas 1-2 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos menyebabkan pasukan itu terpaksa berpuas hati di tangga ketiga di belakang JDT.

Selangor menghadiahkan Sarawak kekalahan ketiga musim ini menerusi dua jaringan Patrick Ronaldinho, R Gopinathan dan Azrif Nasrulhaq manakala Sarawak memperoleh gol menerusi Junior Aparecido dan penalti lewat permainan Gilmar Da Silva.

Di Stadium Darul Aman, Shafiq Ahmad menjadi wira Kedah apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-82 selepas kedudukan terikat 1-1 sehingga minit ke-68. Di Stadium Bandaraya, pasukan pelawat Perak berjaya menyekat Pulau Pinang daripada memungut mata penuh selepas seri 1-1. Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu FC II masih belum mampu mencipta kemenangan pertama musim ini namun perlu berterima kasih kepada jaringan Makan Konate pada minit ke-70 selepas ketinggalan di tangan PDRM untuk keputusan seri 1-1. Pahang pula terus dirundung duka apabila tewas 1-2 di laman sendiri kepada Terengganu. Keputusan:
 Selangor 4-2 Sarawak 
Kedah 2-1 Kelantan 
Pulau Pinang 1-1 Perak 
Terengganu FC II 1-1 PDRM 
Johor Darul Ta'zim 2-1 FELDA United 
Pahang 1-2 Terengganu 
PENJAGA gol Terengganu, Md Sharbinee Allawee (tengah) menyelamatkan bola daripada cubaan pemain Pahang, German Ezequiel Pacheco (kiri) pada saingan Liga Super diantara Pahang menentang Terengganu di Stadium Darul Makmur. - Foto Farizul Hafiz Awang


Sumber : http://www.bharian.com.my/node/129740

Tiada ulasan:

Catat Ulasan