Sabtu, 10 Oktober 2020

Falsafah Feichtenbeiner buat Selangor 'mengamuk'

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Perubahan corak permainan yang diterapkan oleh pengendali sementara Selangor, Michael Feichtenbeiner dengan menekankan gaya 'transition football' akhirnya membuahkan hasil apabila Red Giants 'mengamuk' membelasah PDRM 7-0.

Kejayaan mengutip tiga mata di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras semalam adalah kemenangan pertama menerusi jumlah jaringan yang besar musim ini buat pasukan Selangor.

Feichtenbeiner yang mengambil tanggungjawab daripada B Sathianathan dua minggu lalu nyata berjaya mengubah permainan pasukan dan beliau mengakui berpuas hati dengan komitmen anak didiknya itu.

"Dua perlawanan di bawah kendalian saya setakat ini, kami sudah menjaringkan sepuluh gol. Inilah DNA bola sepak yang saya cuba terapkan dalam permainan Selangor.

"Falsafah bola sepak saya berteraskan corak permainan menyerang serta 'transition football' dan ia bagus untuk pemain yang memiliki mentaliti serangan kerana ia boleh mencipta banyak peluang jaringkan gol," kata jurulatih dari Jerman itu.

Dalam aksi itu, Sean Selvaraj dan Ifedayo Olusegun masing-masing menyumbang dua gol sementara tiga lagi gol menerusi Brendan Gan, Safuwan Baharudin dan Rufino Segovia.

Jelasnya lagi, beliau mahu barisan pemain meneruskan momentum kemenangan pada aksi terakhir Liga Super menentang Felda United di Stadium Mini UiTM Shah Alam, Sabtu ini.

Bagaimanapun, Feichtenbeiner mengakui pemainnya lambat panas terutama pada permulaan separuh masa kedua dan situasi itu sedikit membimbangkannya.

"Kami sering berdepan masalah pada 15 minit pertama separuh masa kedua. Sekiranya berdepan pasukan lebih kuat, kami mungkin berdepan masalah dibolosi satu atau dua gol.

"Saya fikir ia berpunca daripada keadaan fizikal dan mental pemain. Situasi sama turut berlaku pada minggu lalu, jadi saya perlu cari jalan penyelesaian segera," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Oktober 2020 @ 7:13 PM

Hatrik Ifedayo cetus pesta gol Selangor

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Shah Alam: Sentuhan pengendali sementara Selangor, Michael Feichtenbeiner nyata benar-benar menjadi apabila Red Giants berjaya mencatat kemenangan besar kali kedua berturut-turut apabila menewaskan Felda United 6-1 sebentar tadi.

Ia hadir selepas kemenangan besar 7-0 ke atas PDRM FC minggu lalu ketika Feichtenbeiner baru sahaja mengambil alih pasukan daripada B Sathianathan hujung bulan lalu.

Pada aksi di Stadium Mini UiTM Shah Alam itu, anak buah Feichtenbeiner mendahului 1-0 hasil percubaan Brendan Gan pada minit ke-13 selepas menerima hantaran cantik Sandro da Silva.

Begitupun, kelebihan berkenaan pantas dipadam Felda pada minit ke-32 menerusi bekas pemain skuad bawah 23 tahun negara, Danial Amier hasil serangan kilat ke kubu tuan rumah.

Ketika aksi menuju waktu rehat, penyerang import Selangor, Ifedayo Olusegun kembali meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-44.

Ifedayo yang turut bersaing merebut anugerah Kasut Emas musim ini terus menampilkan ketajamannya apabila meledak gol ketiga di minit 62, sebelum Sandro menambah dua lagi gol di minit 69 dan 78.

Ifedayo terus membuktikan bisanya apabila meledak hatrik di minit 88 untuk meletakkan skuad Red Giants selesa mendahului 6-1 sekali gus berpeluang cerah dinobatkan penjaring terbanyak dengan mengumpul 12 gol.

Keputusan perlawanan Liga Super :

Selangor 6 Felda United 1

PJ City 4 PDRM 1

Melaka 0 JDT 5

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2020 @ 11:16 PM


Melaka mangsa kerakusan JDT

MyMetroArena



Nazri Abu Bakar

am@hmetro.com.my

Melaka: Johor Darul Ta'zim (JDT) menutup saingan Liga Super menerusi aksi tanpa kalah selepas mencatat kemenangan menewaskan Melaka 5-0 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.

Menguasai hampir keseluruhan babak pertama barisan pelawat bagaimanapun gagal memecah kebuntuan jaringan selepas Melaka kental bertahan.

Malah beberapa peluang mereka yang terhidang berjaya diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Norazlan Razali selain tersasar.

Peluang terbaik buat JDT mencipta gol pembukaan hadir pada minit ke-19 menerusi Gonzalo Cabrera namun sepakan kencangnya berjaya ditepis keluar Norazlan.

Skuad Hang Tuah yang sesekali memasuki kawasan pelawat turut memiliki peluang menjaringkan gol namun percubaan lemah Sony Norde (m-30) berjaya diselamatkan penjaga gol Mohd Farizal Marlias.

Babak kedua menyaksikan anak buah jurulatih Benjamin Mora terus berusaha gigih memecah kubu pertahanan Melaka namun tandukan kencang Gonzalo sekali lagi berjaya diselamatkan Norazlan.

JDT yang sudah mengesahkan kejuaraan Liga Super untuk musim ketujuh berturut-turut nyata memiliki kelas tersendiri akhirnya berjaya mencipta jaringan pertama menerusi sepakan penalti Leandro Velazquez pada minit ke-70 perlawanan.

Sebelum menggandakan jaringan menerusi Shafiq Ahmad pada minit ke -75 diikuti tandukan Aidil Zafuan Abd Razak (m-78), Fernando Rodriguez (m-84) dan Leandro Velazquez m- 90 perlawanan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2020 @ 11:30 PM

Isnin, 5 Oktober 2020

Kedah hampiri slot Piala AFC

MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kedah terus cemerlang dalam usaha menempah slot ke Piala AFC tahun depan apabila berjaya menumpaskan Melaka 1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Walaupun terpaksa menukar venue pada saat akhir namun itu bukan halangan kepada skuad Helang Merah membawa pulang tiga mata penting untuk naik ke tangga kedua Liga Super musim ini.

Ucapan terima kasih harus diberikan kepada Shakir Hamzah hasil tandukannya pada minit 19 sudah cukup membuatkan Kedah pulang dengan gembira untuk kedudukan kekal 1-0 hingga wisel penamat dibunyikan.

Manakala skuad kendalian Zainal Abidin Hassan pula kempunan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya gol penyamaan sekali gus kekal di kedudukan sembilan liga dengan mengutip 11 mata.

Keputusan terbabit sekali gus menyaksikan Kedah hanya perlu seri pada perlawanan terakhir bertemu Perak Sabtu ini untuk kekal di kedudukan kedua terbaik Liga Super.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2020 @ 11:24 PM

Ahad, 4 Oktober 2020

Malam penuh emosi buat JDT, Safawi

Oleh Rizar Mohd Noor - Oktober 3, 2020 @ 12:37pm

rizar@mediaprima.com.my



Safawi (kanan) memeluk pengurus pasukan Luciano Figueroa sebaik tamat perlawanan JDT menentang Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi. - Foto ihsan JST

Safawi (kanan) memeluk pengurus pasukan Luciano Figueroa sebaik tamat perlawanan JDT menentang Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi. - Foto ihsan JST

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) meraikan kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut dengan penuh emosi apabila ia turut menjadi perlawanan terakhir buat Safawi Rasid.

Safawi yang akan menyertai kelab Portugal, Portimonense SC turut memakai baju yang tertulis 'I will miss JDT Family' (Saya akan merindui keluarga JDT).

Aksi menentang Sabah yang menyaksikan JDT menang 4-1 malam tadi kemungkinan akan menjadi aksi terakhir Safawi buat kelab yang disertai sejak tahun 2014 itu.

Bagaimanapun pengendali JDT Benjamin Mora hanya memberitahu pemain itu akan ke luar negara sama ada hari ini atau selepas aksi terakhir liga menentang Melaka United, di Stadium Hang Jebat, Sabtu ini.

"Saya tidak pasti sama ada Safawi akan meninggalkan JDT hari ini atau selepas beraksi dalam beberapa perlawanan saingan Piala Malaysia.

"Kami akan tunggu apa juga keputusan. Kita tidak tahu bila dia akan berlepas ke luar negara dan ia adalah baik untuk dirinya melebarkan karier bola sepak profesional," kata Mora.

Pasukan JDT meraikan kejayaan menjulang Piala Liga Super 2020 selepas menewaskan Sabah dengan keputusan 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. - Foto BERNAMA

SUMBER-BH ONLINE

Safawi Rasid bakal tinggalkan JDT

 SUKAN



Safawi Rasid bakal tinggalkan skuad gergasi JDT selepas membantu Harimau Selatan rangkul kejuaraan Liga Super kali ketujuh berturut-turut malam tadi. Foto JOHOR SOUTHERN TIGERS

Safawi Rasid bakal tinggalkan JDT

Oleh KOSMO!

3 Oktober 2020, 12:25 pm

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Kejayaan merangkul kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut merupakan satu detik penuh emosi buat pasukan Johor Darul Ta’zim.

Pengendalinya, Benjamin Mora memberitahu, antara yang membangkitkan perasaan itu termasuklah persoalan berhubung masa depan ayam tambatan mereka, Safawi Rasid.

Menurutnya, pihaknya sendiri tidak tahu bilakah kali terakhir pemain tersebut akan menyarung jersi Harimau Selatan.

Malam ini (semalam) penuh emosi, kita mahu memastikan kemenangan dalam perlawanan akhir liga selaku tuan rumah dan merangkul kejuaraan Liga Super kali ketujuh selain memikirkan Safawi akan meninggalkan kita.

Kami akan tunggu apa juga keputusannya nanti kerana kita tidak tahu bila dia akan berlepas ke luar negara, tetapi itu merupakan satu perkara baik buat kariernya dalam bola sepak profesional,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam semalam selepas pasukan menundukkan Sabah 4-1 dan dinobatkan sebagai juara Liga Super musim ini.

Selepas perlawanan semalam, Safawi turut kelihatan memakai baju tertera tulisan ‘I will miss JDT Family’ (Saya akan merindui keluarga JDT) menguatkan lagi khabar angin perpindahannya untuk menyertai kelab Portugal, Portimonense SC.

Sementara itu, Mora turut memberitahu kejayaan memenangi perlawanan semalam tidak semudah yang disangka atas beberapa faktor.

Kemenangan ini bukan mudah, Sabah semalam bermain dengan mentaliti untuk bertahan dan mencari peluang untuk melakukan serangan balas pantas.

Pada awal permainan agak sukar bagi kami untuk menembusi pertahanan mereka, namun setelah berjaya mendapatkan jaringan pertama, barulah kami berjaya mengawal permainan,” ujarnya.SUMBER-K! ONLINE


JDT juara CIMB Liga Super 2020

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | | 3 Oktober 2020



Diogo (kanan) menyumbang gol pertama JDT ketika menentang Sabah di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi. -Foto FB Johor Southern Tigers
JDT mengesahkan status selaku juara CIMB Liga Super 2020 setelah menewaskan Sabah 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.Kejayaan berkenaan sekali gus mencatatkan sejarah tersendiri buat skuad Harimau Selatan itu yang dinobatkan selaku juara Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut.
JDT bermula garang sebaik wisel permulaan menerusi asakan bertali arus ke gawang pelawat dalam usaha membuka jaringan.Bagaimanapun, usaha mereka hanya berhasil pada minit ke-38 menerusi jaringan bintang import, Diogo Santo mudah menolak masuk bola lorongan cantik Mohd Afiq Fazail.

Gol itu semakin menyemarakkan semangat kesebelasan JDT untuk mengasak ke gawang Sabah, namun gagal melepasi benteng skuad Tambadau itu selain menyaksikan beberapa percubaan yang dilakukan gagal menepati sasaran.Pada penghujung babak pertama, Sabah hampir menyamakan kedudukan, namun tandukan pemain import, Park Tae Su yang naik membantu jentera serangan pelawat sedikit tersasar.

Kedua-dua pasukan dilihat saling menggandakan asakan bagi menambah jaringan pada babak kedua, namun percubaan-percubaan yang dilakukan dilihat gagal menepati sasaran.

JDT bagaimanapun berjaya menambah jaringan pada minit ke-56 menerusi percubaan cantik Safawi Rasid yang berjaya melepasi kawalan pertahanan sebelum merembat melepasi jangkauan penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim.

Ketinggalan dua gol nyata tidak melemahkan semangat kesebelasan Sabah yang dilihat tetap bersemangat mengatur asakan ke gawang JDT hingga berjaya menjaringkan gol menerusi percubaan cantik pemain import, Dennis Buschening pada minit ke-74.

Gol berkenaan dilihat mula memberikan suntikan semangat kepada kesebelasan pelawat untuk kembali mengatur serangan bagi menambah jaringan.

Bagaimanapun, hasil satu serangan balas Safawi menyumbat gol ketiga JDT pada minit ke-81 sebelum pemain import JDT, Leandro Velazquez meledak gol keempat Harimau Selatan menerusi sepakan percuma dua minit kemudian.

Tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan sehingga ke wisel penamat, sekali gus mengesahkan JDT selaku juara Liga Super kali ketujuh berturut-turut.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/103670/BERITA/Sukan/JDT-juara-CIMB-Liga-Super-2020© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Melaka mohon tukar venue menentang Kedah

MyMetroArena



BERNAMA

Melaka: Kerajaan negeri Melaka memohon pengurusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk menukar venue aksi Liga Super antara Melaka United (MU) dan Kedah, yang dijadualkan berlangsung di Stadium Darul Aman, Kedah pada Ahad ini.

Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka Rahmad Mariman berkata, langkah itu ekoran situasi pandemik Covid-19 di Kedah semakin membimbangkan, dan negeri itu antara yang mencatatkan kes tertinggi selain mempunyai beberapa kawasan berisiko tinggi.

Beliau berkata usaha itu juga bagi mengurangkan risiko jangkitan dan penularan pandemik Covid-19, selain bertujuan menjaga keselamatan pemain serta rakyat negeri Melaka.

"Saya selaku Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka memohon MFL agar menimbang semula venue perlawanan Melaka United dan Kedah dan menukarnya ke venue yang berkecuali (bebas Covid-19) atau negeri lain dan saya syorkan ia ditukar ke Perak.

"Saya difahamkan pasukan Melaka United akan memulakan perjalanan ke Kedah hari ini dan berada di sana selama tiga hari, namun saya bagi pihak kerajaan negeri Melaka bimbang dengan pemergian pasukan itu ke Kedah terhadap risiko ini," katanya pada sidang media berkaitan perkembangan situasi Covid-19 di Melaka, hari ini.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Rahmad Mariman. FOTO Iqmal Haqim Rosman

Dua hari lepas, media melaporkan aksi Liga Super antara Kedah dan Melaka United yang dijadualkan di Stadium Darul Aman yang sepatutnya berlangsung pada hari ini, dipinda ke Ahad.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan dilaporkan berkata keputusan itu dibuat selepas menerima permohonan daripada Melaka United, yang sedang menjalani proses kuarantin sejak Isnin, selepas pulang dari Sabah.Beliau dipetik sebagai berkata selaras dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 Liga Malaysia (Liga M), perubahan tarikh itu membolehkan Melaka United memiliki tempoh melakukan persiapan, memandangkan mereka hanya dibenarkan mengadakan sesi latihan, semalam.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Oktober 2020 @ 7:06 PM

Sabtu, 3 Oktober 2020

Tok Gajah tidak sabar benam Perak



KEYAKINAN tinggi mengiringi aksi Tok Gajah apabila menerima kunjungan Perak di Kuantan malam esok.

Oleh ASZAHARI ALI

2 Oktober 2020, 9:26 pmKUANTAN: Skuad Tok Gajah bukan sahaja sudah cukup bersedia menanti kunjungan Perak tetapi tidak sabar untuk menambah tiga mata di Stadium Darul Makmur malam esok.

Justeru, Dollah Salleh mahu anak buahnya tampil dengan semangat dan rentak permainan yang dipersembahkan ketika menewaskan Kedah 2-1 di gelanggang sama minggu lalu.

Untuk bertemu pasukan sehebat Perak, saya cuma berharap agar kesebelasan pemain yang diturunkan nanti sekurang-kurangnya dapat mempamerkan apa yang telah mereka lakukan ketika bertemu Kedah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Dollah sebelum ini memuji persembahan anak buahnya kerana berjaya menguasai perlawanan walapun pasukan Kedah hadir dengan lima rekod kemenangan berturut-turut dan berada di tangga ke dua Liga Malaysia.

Bekas pemain kebangsaan tersebut kini juga lebih berani untuk mempertaruhkan kudrat pemain muda selepas mereka semakin menunjukkan aksi meyakinkan ketika di padang walaupun berdepan pasukan lebih kuat.

Dollah juga menarik nafas lega kerana Mohd. Gopi Rizqi Ramadhan kini boleh bermain selepas selesai menjalani penggantungan satu perlawanan kerana menerima dua kad kuning.

Lebih mengmbirakan, Ivan Carlos yang dikeluarkan kerana cedera ketika bertemu Kedah juga sebenarnya tidak mengalami kecederaan serius dan dan boleh diturunkan nanti.



GOPI RIZQI RAMADHAN

Begitu juga Herold Goulan dan Adam Reed, tiada masalah apa-apa selain pemain tempatan juga bebas dari sebarang kecederaan,” katanya.

Cuma Dollah masih belum memberi kata putus sama ada Dickson Nwakamae juga boleh beraksi kerana dari pandangannya, pemain itu masih cedera walaupun Nwakamae yang meminta diturunkan ketika bertemu Kedah kerana merasakan dia sudah pulih dan lama di bangku simpanan.

Pahang yang kini di tangga ke tujuh liga semakin bernafsu memburu tiga mata untuk lebih selesa bagi membuat persiapan ke Piala Malaysia.SUMBER-BH ONLINE

Aksi terakhir Safawi bersama JDT?

 MyMetroArena



Rizar Mohd Noor

rizar@mediaprima.com.my

Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora mendedahkan kejuaraan Liga Super yang digapai buat kali ketujuh berturut-turut tampak beremosi tatkala bakal kehilangan Safawi Rasid yang akan berkelana di Eropah untuk menyertai kelab Portugal, Portimonense SC.

Malah baju dipakai Safawi yang tertera 'I will miss JDT Family' (Saya akan merindui keluarga JDT) sudah cukup memberi isyarat pemain itu akan meninggalkan pasukan disertai sejak 2017 dengan aksi menentang Sabah yang dimenangi 4-1 semalam kemungkinan aksi terakhirnya.

Bagaimanapun, Mora enggan mengesahkan lebih lanjut mengenai status Safawi dan hanya memberitahu pemain itu akan ke luar negara sama ada hari ini atau selepas aksi terakhir liga menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat, Sabtu ini.

"Saya tidak pasti sama ada Safawi akan meninggalkan JDT hari ini atau selepas beraksi dalam beberapa perlawanan saingan Piala Malaysia. Kami akan tunggu apa jua keputusan. Kita tidak tahu bila dia akan berlepas ke luar negara dan ia baik untuk dirinya melebarkan karier bola sepak profesional," katanya.

Mengulas mengenai kejayaan JDT merangkul kejuaraan liga untuk tujuh musim berturut-turut, Mora mengakui setiap pemain begitu beremosi tatkala menjulang piala berkenaan tanpa kehadiran penyokong yang menjadi pembakar semangat buat barisan pemain.

Apapun, Mora tidak menafikan aksi menentang skuad bimbingan Kurniawan Dwi Yulianto tampak sukar selepas pasukan itu mengamalkan corak permainan bertahan yang menyukarkan barisan pemain JDT mencipta jaringan.

"Kami kerap melakukan serangan pantas tapi pemain lawan bertindak dengan cara bertahan malah pemain juga sukar menembusi pertahanan lawan. Akibatnya pemain saya tampak kecewa sepanjang 30 minit babak pertama.

"Selepas jaringan Diogo (Luis Santo), barulah kami mula menguasai perlawanan dan corak pemainan lebih agresif di babak kedua.

Hasilnya kami menang dan tiga mata yang amat penting itu milik JDT untuk rangkul kejuaraan liga," kata Mora.SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2020 @ 10:30 AM