WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
25 JANUARI 2017
Kedah akan jawab, pertahan Rizal Rizal jadi perebutan di antara Kedah dan Felda United sejak penghujung musim tahun 2016. - Foto Persatuan Bolasepak Kedah
KEDAH akan memberikan jawapan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mempertahankan Rizal Ghazali yang turut dituntut kelab Liga Super, Felda United.
Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar ketika dihubungi Sinar Harian berkata, afidavit yang dikemukakan oleh pengurusan kelab tersebut akan dijawab dalam masa terdekat.
Menurutnya, Rizal masih turun berlatih seperti biasa bersama pasukan bagi persiapan menghadapi perlawanan kedua Liga Super menentang Sarawak di Stadium Darul Aman pada Jumaat ini.
Semalam Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Status Pemain FAM, Abdul Aziz Yeob Jamaluddin berkata, Hijau Kuning perlu menjawab afidavit yang dikemukakan Felda United walaupun Rizal sudahpun didaftarkan sebagai pemain mereka musim ini.
FAM telah menghantar surat kepada KFA untuk memberikan jawapan sehingga 27 Januari sebelum memutuskan tarikh mesyuarat sebenar berkenaan isu tersebut.
Pemain tersebut sebelum ini dilaporkan menandatangani kontrak lanjutan bersama Kedah walaupun sudah menandatangani perjanjian dengan Felda United sebelum final Piala Malaysia 2016.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 25 JANUARI 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan