ARKIB : 05/12/2008
PETALING JAYA - Walaupun bakal
beraksi buat pertama kali dalam Liga Super musim depan, KL PLUS tidak gentar
untuk berdepan pasukan gergasi yang lain seperti Selangor, Kedah, Perlis dan
Perak sebaliknya terus meletak sasaran untuk berada di antara empat pasukan
terbaik liga.
Menurut jurulatihnya, Mat Zan
Mat Aris, KL PLUS mempunyai sasaran tersendiri bukan sahaja dalam Liga Super
tetapi juga dalam perebutan Piala FA dan Piala Malaysia.
''Ini adalah sasaran kami
(pasukan) dan juga pihak pengurusan, jika dalam Liga Super kami mensasarkan
untuk berada di kalangan empat pasukan terbaik, dalam saingan Piala FA dan
Piala Malaysia pula kami mahu mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir,"
katanya dalam Majlis Pelancaran Pasukan KL PLUS Musim 2009 semalam.
Jelasnya, barisan pemain sedia
ada dan beberapa muka baru mampu menggalas cabaran untuk musim depan termasuk
pemain kebangsaan seperti Irwan Fadly Idrus dan Norhafiz Zamani Misbah.
''Gandingan baru dan lama
termasuk beberapa pemain muda tidak mustahil untuk melakukan kejutan musim
depan dan mencapai sasaran yang ditetapkan. Saya juga berpuas hati selepas
berjaya mencapai cita-cita membawa pasukan beraksi dalam Liga Super, itu adalah
sasaran saya pada musim lepas," kata bekas pemain Kuala Lumpur itu
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz51CZb96f5
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan