ARKIB : 18/03/2008
KUALA LUMPUR Kuala Muda Naza
terus menekan pendahulu Liga Perdana, KL Plus selepas mencatatkan kemenangan
menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), semalam.
Kuala Muda Naza mengalahkan ATM
1-0 pada perlawanan di Stadium Darul Aman, Alor Star membolehkannya mengumpul
39 mata tetapi kurang satu perlawanan berbanding KL Plus.
Gol tunggal Kuala Muda Naza
dijaringkan oleh Liew Kit Kong pada minit ke-69.
Sementara itu, KL Plus pula
berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu liga dengan mencatatkan
kemenangan di Stadium Selayang, Selangor menewaskan pasukan Harimau Muda 1-0
hasil jaringan pemain import, Andrian Trinidad pada minit ke-52.
Di Stadium Majlis Bandaraya
Petaling Jaya (MBPJ), tuan rumah PKNS tersungkur di tangan Sabah apabila tewas
1-2.
Sabah mendahului PKNS 2-0
melalui jaringan Hishamuddin Othman pada minit ke-44 dan Andrei Scottie pada
minit ke-70, PKNS memperoleh gol tunggal menerusi jaringan Mohizam Shah Dawood
Shah pada minit ke-76.
Di Stadium Sultan Mohd IV, Kota
Bharu pula, Kelantan berpesta gol apabila pemain import mereka Mouhamadou
Moustapha mengamuk dengan menjaringkan lima gol bagi membolehkan pasukan tuan
rumah itu membenam Proton FC 5-1.
Gol dari pemain import
kelahiran Senegal itu dijaringkan pada minit- minit ke-15, 20, 59, 62 dan 77
sementara gol sagu hati Proton FC pula disumbangkan melalui jaringan sendiri
pemain Kelantan, Sarudy Aziz pada minit ke 69.
Di Stadium Kuala Lumpur,
Cheras, Felda United gagal menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri
apabila tewas 0-2 kepada Shahzan Muda.
Gol Shahzan Muda disumbangkan
oleh dua orang pemain import mereka, Luis de Olivers pada minit ke-31 dan
Anthony Milicic pada minit ke-68.
Sementara jaringan tunggal pada
masa kecederaan membolehkan Johor Pasir Gudang menang ke atas Kuala Lumpur 1-0
di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.
Gol yang dijaringkan oleh
Othelo Ocampos pada masa kecederaan separuh masa kedua (m-94) memberikan mata
berharga kepada pasukan Johor Pasir Gudang.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz4ypaoOX9o
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan