ARKIB : 15/03/2008
KUALA LUMPUR - Kuala Muda Naza
terus menghambat pendahulu Liga Perdana, KL Plus selepas masing-masing mencatat
kemenangan selesa, semalam.
Kuala Muda Naza menewaskan
Proton FC 4-2 pada perlawanan di Stadium Petaling Jaya untuk mengumpul 36 mata
tetapi bermain kurang satu perlawanan berbanding KL Plus.
Gol-gol pasukan pelawat itu
dijaringkan Jose Antonio Vega (m-39, 78), K. Santhia (m-49) dan Ngoku Emeka
(m-53) manakala gol Proton dijaringkan Charles Gaye Wright (m-27, 84).
KL Plus yang sudah bermain 16
perlawanan terus mengukuhkan kedudukan di puncak liga dengan 40 mata selepas
menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-1 pada perlawanan di Stadium
Selayang.
Andrian Trinidad melakukan
hatrik pada minit ke-53, 86 dan 90+1) di samping gol G. Saravanan (m-90+2). Gol
ATM pula dijaringkan Suhaimi Ishak (m-90 +2).
Sabah pula melonjak ke tangga
keempat liga di belakang KL Plus, Kuala Muda dan Johor PG selepas menang ke
atas Felda United 4-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Salvester Sindih melakukan
hatrik pada minit ke-38, 42, 54) dan satu gol Sabah lagi dijaringkan Jamie
Lawrence Phoenix (m-45).
Di Stadium Darul Makmur
Kuantan, Melaka menewaskan Shahzan Muda 2-1. Gol Melaka dijaringkan Mohd. Hafas
Abdullah (m-3) dan George Opoku Weah (m-66) manakala gol tunggal Shahzan
sumbangan Shahrizan Salleh (m-84).
Keputusan penuh
Harimau Muda 0 PKNS 0
K. Lumpur 1 Kelantan 1
Proton FC 2 Kuala Muda Naza 4
ATM 1 KL Plus 4
Sabah 4 Felda United 1
Shahzan Muda 1 Melaka 2
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4ypSbkTa3
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan