ARKIB : 04/05/2008
KM NAZA raih kejuaraan bergaya
PEMAIN Kuala Muda Naza meraikan
kejuaraan Liga Perdana selepas menang bergaya mengatasi KL PLUS 3-2 di Stadium
Cheras, semalam.
KUALA LUMPUR - Kuala Muda Naza
merangkul kejuaraan bola sepak Liga Perdana dengan penuh bergaya selepas
menundukkan pencabar utama, KL PLUS 3-2 dalam perlawanan penutup di Stadium
Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras semalam.
Kemenangan Kuala Muda ini
melengkapkan musim cemerlang bola sepak Kedah, selepas pasukan negeri itu
sebelum ini dinobatkan selaku juara Liga Super.
Malah, kemenangan tersebut juga
mengembalikan keceriaan dalam kem Kuala Muda yang masih dirundung kesedihan di
atas kematian pengasas dan pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S.M. Nasimuddin SM
Amin, kelmarin.
Skuad bimbingan jurulatih K.
Devan itu berjaya membawa pulang trofi dan hadiah RM200,000.
Bekas penyerang kebangsaan,
Faderin Kadir pula memberi kegembiraan berganda buat Kuala Muda apabila dinobat
sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.
"Kami memang layak
memenangi kejuaraan dengan prestasi baik yang ditunjukkan oleh pasukan
sepanjang musim, malah hari ini kami berjaya menjaringkan tiga gol di tempat
lawan.
"Kemenangan ini adalah
hadiah kami buat Tan Sri S.M. Nasimuddin kerana Allahyarham merupakan orang kuat
yang memastikan pasukan ini ini dapat bersaing,'' kata Devan.
Kedua-dua pasukan bersaing
sengit pada babak pertama selepas Rudie Ramlee meletakkan Kuala Muda di depan
pada minit ke-30, tetapi Mohd. Lot Abu Hassan menyamakan kedudukan, dua minit
kemudian.
Walaupun seri sudah memadai
untuk Kuala Muda, namun wakil Kedah itu tidak mahu mengalah.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4zRSuXw7F
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan