Oleh Rizar Mohd Noor-am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan Paulo Rangel menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT) musim depan.
Tunku Ismail berkata Rangel akan menggantikan Luciano Figueroa yang tidak lagi bersama JDT pada musim depan."Rangel akan digandingkan bersama Jorge Pereyra Diaz di posisi serangan.
"Dia adalah pemain import keempat JDT selepas kita mengekalkan Hariss Harun dan Marcos Antonio manakala Diaz akan kembali selesa dipinjamkan ke kelab Independiente," kata Tunku Ismail.
Sebelum ini JDT sudah mengikat bekas penyerang Pahang Azamuddin Akil.
Sementara itu, Rangel menerusi kenyataannya dalam laman Facebook (FB) Johor Southern Tigers berkata:"Tiada kelab atau persatuan yang lebih hebat dan professional seperti JDT. JDT memiliki potensi besar, dan segala-galanya ada di sini,” katanya.
“Setiap pemain termasuk saya sendiri, impikan untuk bermain di sini. Saya amat teruja menjadi sebahagian projek bolasepak Johor, dan saya berjanji akan berikan yang terbaik untuk JDT".
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2015 @ 8:31 PM
Rangel idam kejayaan bersama JDT musim depan. Foto NSTP/Zulkarnain Ahmad Tajuddin
- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/103381#sthash.JwHz08rX.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan