Selasa, 9 Februari 2016

3 pasukan Liga M hutang pemain RM4.47 juta

SELASA, 9 FEBRUARI 2016 @ 6:28 PM

 
 KETUA Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail (duduk dua dari kiri) bersama Presiden PFAM, Hairuddin Omar (duduk kiri) dan Timbalan Presiden PFAM, Rezal Zambery Yahya (duduk kanan sekali) serta sebahagian pemain di sidang media Professional Footballers Association of Malaysia (PFAM) mengenai tunggakan gaji pemain bola sepak di Dewan Datuk Ho Koh Chye, Hotel Olympic Sport. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman KUALA LUMPUR:

Tiga pasukan Liga Malaysia (Liga M) iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kelantan dan FELDA United gagal melunaskan gaji pemain berjumlah RM4.47 juta pada musim lalu. Jumlah itu membabitkan pembayaran untuk 21 pemain daripada tiga pasukan berkenaan. Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Izham Ismail berkata, ATM mencatatkan jumlah tertinggi apabila gagal membayar gaji 15 pemain mereka membabitkan jumlah tunggakan sebanyak RM3.7 juta.

"Kelantan pula gagal menjelaskan RM477,000 untuk lima gaji pemain mereka, sementara RM220,000 pula membabitkan pampasan yang dituntut pemain FELDA United, Mohd Azrul Ahmad. "Sehingga hari ini, ATM masih belum menunjukkan usaha untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji yang dihadapi mereka," katanya pada sidang media yang berlangsung di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Sumber: http://www.bharian.com.my/node

Tiada ulasan:

Catat Ulasan