MOHD FAIZ SUBRI
SEPAKAN percuma daripada jarak 35 meter oleh penyerang Pulau Pinang, Mohd. Faiz Subri yang menerjah masuk ke gawang pasukan Pahang malam kelmarin, menjadi perhatian dunia.
Ia dianggap jaringan paling cantik menerusi sepakan percuma sehingga ramai yang berpendapat sepakan tersebut mengalahkan rembatan pemain Brazil, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada Piala Dunia 1998.
Faiz melakukannya ketika Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam kelmarin.
Sebaik video sepakan tersebut menjadi viral di YouTube, laman berita dalam talian British Independent (www.independent.co.uk) melaporkan bahawa sepakan percuma Faiz yang amat luar biasa dan sudah pasti menjadi calon untuk Anugerah Puskas FIFA 2016.
“Faiz akan menjadi pesaing bagi anugerah yang mengiktiraf gol terbaik pada tahun ini hasil jaringan daripada tendangan bebasnya yang sungguh luar biasa itu.
“Tendangan pemain berusia 28 tahun ini bukan sahaja mengejutkan penjaga gol pasukan lawan, malah dianggap bercanggah dengan hukum graviti.
“Ia sungguh luar biasa kerana setelah bola pada mulanya menghala ke suatu arah, ia secara tiba-tiba melencong ke arah lain dan menerjah ke penjuru kanan pintu gol pasukan Pahang,” kata laporan tersebut.
Gol yang dijaringkan pada minit ke-62 itu juga menjadikan Faiz bahan ‘trending’ dalam laman Twitter.
Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz40Vz2esTc Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan