Sabtu, 13 Februari 2016

Aksi pembuka tirai seimbang


PARA pemain Johor DT meraikan kejayaan menjulang Piala Sumbangsih setelah menewaskan Selangor 7-6 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

KEMPEN Liga Super 2016 yang membuka tirainya malam tadi menyaksikan semua pasukan tampil dengan rentak yang seimbang termasuk skuad berstatus gergasi.

Aksi tumpuan terarah kepada pertembungan antara juara Liga Super musim 2015, Johor Darul Takzim (Johor DT) yang menentang juara Piala Malaysia, Selangor, di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin malam tadi tetapi keputusan berakhir seri 1-1.

Harris Harun membuka jaringan buat pasukan tuan rumah pada minit ke-44 sebelum Hafiz Kamal menyamakan kedudukan pada minit ke-60 dengan kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Begitupun, Johor DT bernasib baik kerana menang 7-6 menerusi penentuan sepakan penalti untuk menjulang Piala Sumbangsih buat kali kedua selepas kemenangan tahun lalu.

Di Jengka, Felda United tampil dengan semangat baharu apabila menang 2-0 ke atas Kedah pada aksi yang berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak.

Ternyata aura stadium baharu itu yang mula digunakan secara rasmi tahun ini telah melonjakkan semangat skuad kendalian Irfan Bakti itu untuk melakukan permulaan cemerlang.

“Kemenangan ini merupakan permulaan yang baik buat Felda United dan saya berharap momentum seperti ini dapat diteruskan pada perlawanan-perlawanan lain selepas ini,” jelas Irfan.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz405fp20FO Hakcipta terpelihara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan