ARKIB : 14/03/2005
KUALA LUMPUR - Kehangatan
bahang saingan Liga Super yang masuk ke pusingan kedua semakin rancak dengan
lapan pasukan perlu bersaing memperbaiki kedudukan.
Tiga pasukan Perlis, Pulau
Pinang dan Pahang kini dilihat bersaing hebat mencabar antara satu sama lain
untuk menguasai tiga tempat teratas.
Juara Piala Malaysia musim
lalu, Perlis yang disemarakkan dengan kelincahan dan ketepatan penyerang import
barunya, Zacharia Simukonda menjadi pemangkin buat Singa Utara terus
mengungguli takhta Liga Super.
Kehadiran Simukonda menjadi
suntikan semangat membara melihat betapa langkah Perlis bagaikan sukar digugat.
Dua sentuhan jaringan Simukonda
pada minit ke-41 dan minit ke-58 sudah cukup untuk Perlis menjinakkan Perak 2-1
di Stadium Perak kelmarin.
Kemenangan tersebut memastikan
anak didik Abdul Rahman Ibrahim memperkukuhkan kedudukan.
Pulau Pinang yang dibimbing
bekas jurulatih skuad Singa Utara, Norizan Bakar juga turut cemerlang untuk
memintas Pahang di tempat kedua dengan kelebihan jaringan.
Dua jaringan penyerang Jepun,
Ito Dan serta dua gol menerusi Mohd. Faizal Esahar dan Jose Barreto memastikan
kemenangan berpesta gol Pulau Pinang menewaskan Sabah 4-0.
Begitu juga dengan Pahang,
kemenangan 2-1 ke atas MPPJ meletakkan mereka berada di tangga ketiga walaupun
memungut 16 mata berkongsi dengan Pulau Pinang tetapi dipisahkan dengan
perbezaan gol.
Dalam pada itu, Public Bank
turut memperkukuhkan kedudukan untuk berada di tangga keempat selepas
mengetepikan Telekom 2-1.
Selepas mencatat keputusan seri
1-1 bertemu Pulau Pinang minggu lalu, Public Bank bangkit dengan dua gol
menerusi Rashid Mahmud (m-31) dan bekas pemain kebangsaan Mohd. Nizaruddin
Yusof (m-88) untuk membenam Telekom.
Kongsi Konten di :
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4iISOHU9A
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan