Isnin, 26 Jun 2017

Giliran Johor tumbangkan MyTeam

ARKIB : 15/05/2006

JOHOR BAHRU - Skuad bola sepak realiti TV, MyTeam mengalami kekalahan keduanya menjelang perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan, kali ini kepada Pilihan Johor 0-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, semalam.

MyTeam yang mengumpul pemain hasil pencarian bakat di seluruh negara, tewas dengan jaringan penyerang import tuan rumah, Ahmad Latif Khamarudin menerusi sepakan percuma sejauh 25 meter pada minit ke-62.

Skuad pelawat bimbingan bekas pemain Johor dan kebangsaan, Serbegeth Singh sebelum ini menentang dua lagi pasukan Liga Perdana yang menyaksikannya dibenam Kedah 0-3 tetapi mengatasi PKNS 1-0.

MyTeam akan menentang pasukan kebangsaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Mei sebagai kemuncak persembahan siri realiti TV yang ketika ini disiarkan di sebuah stesen televisyen swasta.

Sementara itu, dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Sarawak menewaskan UPB Perak 3-2 untuk terus memburu tiket play-off ke Liga Super musim depan dan Piala Malaysia.

UPB Perak mengejutkan Sarawak apabila mendahului dua kali sebelum skuad Bujang Senang bangkti menerusi jaringan Ivan Jagovic pada minit ke-32 dan dua daripada Bobby Gonzalez minit ke62 dan 71. UPB Perak mendapat gol hasil jaringan Ian Lloyd McKenneth dan Saiful Rosli (30 dan 43)

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0515&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4l605pbKW
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 10 Jun 2017

MPPJ menang dalam aksi kecoh

ARKIB : 01/01/2006
Pemain Perak, Wirat Nom (kanan) berusaha merebut bola dari pemain MPPJ, Tengku Hazman Raja Hassan dalam aksi bola sepak Liga Super di Stadium Perak, Ipoh semalam. Kelab dari Selangor itu menang 2-1. - Gambar HANAFI KHAMIS.

KUALA LUMPUR - Pemain kebangsaan, Liew Kit Kong menjaringkan gol kemenangan untuk MPPJ Selangor mengekalkan rekod tanpa kalah sekali gus melebarkan kedudukan di tangga teratas bola sepak Liga Super selepas menewaskan Perak 2-1 di Stadium Perak, Ipoh, semalam.

Pertembungan antara dua pasukan teratas itu yang menjadi aksi tumpuan semalam bagaimanapun dicemari insiden tegang pada minit ke-77 yang menyaksikan ketua pasukan Perak, Ahmad Shahrul Azhar Sofian dibuang padang kerana membantah keputusan pengadil.

Ahmad Shahrul naik berang dan menyerbu pengadil perlawanan, Manjit Singh sebelum jurulatih Perak, Steve Darby meluru masuk menenangkan ketua pasukan itu.

Insiden itu juga mencetuskan berang penonton yang menyaksikan pembantu pengadil, Zulfikar Abdullah terbaring di padang selepas terkena objek yang dibaling dari luar padang.

Perlawanan juga terhenti kira-kira enam minit.

Sebelum perlawanan itu, kedua-dua pasukan hanya dipisahkan dengan satu mata di tangga atas.

Kemenangan itu membolehkan MPPJ mengutip 13 mata daripada lima perlawanan.

MPPJ membuka jaringan ketika aksi baru berusia 16 saat menerusi Ben Katanha yang menanduk masuk hantaran lintang Kit Kong.

Begitupun, Perak yang menerima sokongan padu 25,000 penyokong sendiri, menyamakan kedudukan setengah jam kemudian juga menerusi tandukan hasil hantaran lintang Wiratnam.

Namun Kit Kong menggembirakan kem skuad `Chelsea Malaysia' itu dengan tandukan ke gawang minit ke-57 hasil tendangan bebas Rachid Zmama.

Di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang tumpas buat kali keempat berturut-turut dan terus menghuni tangga tercorot liga apabila pasukan bertaraf kelab, Telekom Melaka membenam Tok Gajah 2-1.

Pasukan pelawat memperoleh gol sulong menerusi tandukan Zainuddin Mohd. Ariffin pada minit ke-45.

Tok Gajah menyamakan kedudukan apabila pemain tengah, Mohd. Zulkiffli Mohd. Yusof dijatuhkan di dalam kotak penalti pada separuh masa kedua.

Rosdi Talib menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-74.

Telekom Melaka memperoleh gol kemenangan menerusi pemain import, Chaswe Nsofwa yang menanduk masuk gol minit ke-83.

Juara tiga piala musim lalu, Selangor terus dirundung malang apabila tumpas lagi, kali ini kepada Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Dua gol dalam tempoh dua minit masing-masing menerusi Idris Karim (62) dan pemain import dari Nigeria, Bassey Richard melonjakkan skuad Rusa ke tangga kedua, memintas Perak.

Di Stadium Utama, Kangar, pasukan tuan rumah, Perlis memperbaiki kedudukan untuk merapati pasukan teratas dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Pulau Pinang.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh oleh Philimon Chipeta pada minit ke-50.

Sementara itu dalam aksi Liga Perdana, Kedah menerajui carta Kumpulan A untuk tempoh sekurang-kurangnya sehari selepas menewaskan Johor 3-0 di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus di Larkin, Johor Bahru.

Kedah di tangga teratas dengan 10 mata, dua mata di depan Sarawak di tangga kedua.

Bagaimanapun, Sarawak mungkin akan merampas kembali kedudukan itu apabila melayan kunjungan Kelantan di Kuching hari ini.

Johor pula di tangga ketiga.

Pemain import Kedah dari Thailand, Saramsak Kram menjaringkan gol pada awal permainan untuk meletakkan skuad Kenari di depan pada minit keenam sebelum seorang lagi import, Marcos Magno menambah jaringan kedua minit ke-31 sebelum melengkapkan kemenangan bergaya Kedah dengan jaringan keduanya minit ke-70.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4jWuZDaFS
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jumaat, 9 Jun 2017

MPPJ perkuatkan cengkaman

ARKIB : 21/12/2005
PEMAIN MPPJ, Liew Kit Kong (kiri) terjatuh selepas dibentes oleh pemain Perlis, Mohd. Nazaruddin Mohd. Zain sewaktu aksi perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya semalam. MPPJ menang 3-1. - Gambar HALIM KHALID.

PETALING JAYA - MPPJ terus menguatkan cengkaman selaku peneraju carta bola sepak Liga Super selepas menumpaskan Perlis 3-1 pada perlawanan di Stadium Petaling Jaya manakala pesaing terdekatnya, Telekom Melaka kecundang, semalam.

Tempat kedua sebelum ini milik Telekom Melaka yang tewas 0-1 kepada Negeri Sembilan di Stadium Hang Jebat, dirampas oleh Perak yang menghampakan Pahang 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

MPPJ kini mengumpul 10 mata, mengatasi Perak dan Negeri Sembilan yang masing-masing terikat dengan sembilan mata tetapi dipisahkan oleh 10 jaringan milik skuad Seladang berbanding empat.

MPPJ yang musim ini digelar `Chelsea Malaysia' kerana berbelanja besar mendapatkan khidmat pemain bintang, memperoleh golnya menerusi Ben Katanha (dua) dan Carlos Alberto.

Katanha yang menggantikan penyerang utama, Juan Manuel Arostegui yang tercedera, menyumbat gol pada minit ke-17 dan 71 selain Alberto (84) tetapi dirapatkan oleh juara bertahan Liga Super menerusi Phillemon Chepita, minit ke-56.

Perak pula meraih tiga mata angkara aksi lesu Pahang yang kecundang kali ketiga berturut-turut menerusi dua jaringan penyerang import pelawat, Keita Mandjou, masing-masing pada minit ke-45 dan 89.

Walaupun memperoleh peluang terbuka menjaringkan gol pada minit ke-44 menerusi hantaran Azizul Kamaluddin, Indra Putra Mahayuddin mensia-siakannya menerusi tandukan yang tersasar dari pintu gol.

Indra Putra sekali lagi gagal menyempurnakan sepakan lintang daripada Iyowuna Edward apabila tandukannya terkena palang gol pada minit ke-58.

Gawang Pahang sekali lagi bolos dengan gol kedua Mandjou hasil tandukannya yang yang menewaskan penjaga gol, Mohd. Iqbal Suhimi, seminit sebelum wisel penamat.

Negeri Sembilan yang melangkah kali pertama ke Liga Super pula mengejutkan tuan rumah hasil tandukan Idris Karim pada minit ke-42 yang menyudahi hantaran Che Hishamuddin Che Hassan.

Di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang E&O memperbaiki kedudukannya dengan tiga mata hasil kejayaan membenam juara tiga piala musim lalu, Selangor 3-1.

Tuan rumah beroleh golnya menerusi Rosli Azizan pada minit ke-22, Mario Cesar Da Sailva (30) dan jaringan sendiri benteng Selangor, Ahmad Tharmini Saiban, seminit kemudian.

Pelawat yang mengumpul Piala Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia musim lalu, bagaimanapun merapatkan jurang gol menerusi Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-71.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4jVoGFYZT
© Utusan Melayu (M) Bhd

Khamis, 8 Jun 2017

MPPJ, Telekom semakin gah

ARKIB : 19/12/2005
 
KUALA LUMPUR - Dua kelab kerdil, MPPJ dan Telekom kian menunjukkan peningkatan untuk menduduki dua tangga teratas kedudukan Liga Super selepas mengharungi tiga perlawanan setakat ini.

Kebangkitan mendadak dua kelab tersebut melihat beberapa pasukan gergasi seperti Pahang, Perlis, Selangor dan Pulau Pinang masih tercari-cari rentak.

Keupayaan MPPJ yang mendapat jolokan `Chelsea Malaysia' mengejutkan juara Piala Malaysia musim lalu, Selangor dengan kemenangan 2-1 memastikan kelab itu berada di tangga terasa persada liga dengan tujuh mata.

Dua gol menerusi penjaring terbanyak 2003, Juan Manuel Arostegui membuatkan Merah Kuning menjadi `merah padam' dan terpaksa akur dengan dua kekalahan setakat ini.

Begitu juga dengan Telekom turut cemerlang memadamkan rekod bersih Perak dengan kemenangan tipis 1-0 di tempat lawan.

Kemenangan penting buat jurulatih Telekom, Irfan Bakti untuk berkongsi tujuh mata tetapi dipisahkan kelebihan jaringan yang menjadi milik MPPJ untuk berada di tangga teratas liga.

Kedua-dua kelab tersebut kian mencuri perhatian apa lagi kelibat MPPJ yang memiliki kesebelasan utama berstatus bintang jelas lebih menyerlah membenam Selangor.

Pertembungan Pahang dan Perlis pula terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat ketika kedua-dua pasukan masih terkial-kial memburu kemenangan pertama.

Mengekori dua kelab tersebut ialah Perak yang kini berada di tangga ketiga diikuti oleh Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang E&O, Perlis dan Pahang.

Negeri Sembilan lega meraih tiga mata penuh apabila membenam Pulau Pinang E&O 2-0 selepas mereka menerima kejutan tunduk 0-3 kepada MPPJ minggu lalu.

Malam esok bakal menyaksikan pertembungan sengit apabila MPPJ menanti kunjungan steru utama Perlis, di Stadium Petaling Jaya.

Pertembungan dua pasukan itu mencuri tumpuan dengan dendam membara Perlis terhadap MPPJ yang mencuri dua pemain utama Yusri Che Lah dan Mohd. Kaironnisam Shahabudin musim ini.

MPPJ pastinya tidak merelakan rekod tanpa kalah mereka dicalarkan oleh Perlis begitu juga skuad Singa Utara yang masih belum memahat sebarang kemenangan setakat ini.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4jSYuK1lm
© Utusan Melayu (M) Bhd