Mat Sport
07 Jun 2017 6:00
PM
KEBELAKANGAN
ini, isu kewangan dihadapi Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) semakin
menjadi perhatian. Isu yang dihadapi mereka kelihatan semakin memburuk sehingga
menyebabkan Kelantan menghadapi kemungkinan dipotong mata serta dihalang
daripada mengambil pemain import baharu.
Bagi Mat,
masalah dihadapi Kelantan ini wajar dijadikan iktibar dan pengajaran.
Entah di mana
silapnya, Kelantan yang satu ketika adalah peneraju kepada pengurusan bola
sepak yang moden manakala pasukannya The Red Warriors begitu gah pada satu
ketika, kini dihimpit dengan tuntutan tunggakan gaji.
Mat tidak tahu
macam mana Kelantan menguruskan kewangan mereka namun bagi Mat adalah lebih
baik mereka melakukan penstrukturan semula gaji pemain supaya tidak perlu
mengeluarkan belanja yang terlalu besar semata-mata mahu membayar gaji pemain
sahaja.
Perlu
diingatkan, kebiasaannya hampir 60 hingga 50 peratus bajet setiap pasukan pada
setiap musim dihabiskan untuk membayar gaji pemain tempatan serta import.
Mat tengok
kebanyakan pasukan cenderung untuk mendapatkan pemain ternama dengan bayaran
gaji yang mahal sedangkan bagi Mat landskap bola sepak negara masih belum mencapai
standard yang diharapkan. Buat apa ambil pemain mahal-mahal tetapi setengah
mati nak bayar. Baik ambil yang tiada nama, gilap bakat mereka kemudian jual.
Baru duit masuk.
Mat percaya
bukan mudah untuk setiap pasukan memastikan mereka membayar gaji tepat pada
masanya tambahan pula tidak banyak syarikat yang berminat untuk melaburkan
sejumlah duit dalam sukan bola sepak.
Itu jelas
menunjukkan masalah kewangan sentiasa menghantui pasukan dalam Liga M dan
mereka perlu bijak menguruskan sumber kewangan yang ada. Kalau duit sudah
tiada, hutang keliling pinggang buat apa nak ambil pemain baharu lagi.
Selesaikan
dahulu segala hutang-piutang sebelum membuat pembelian pemain baharu. Pastikan
duit yang keluar seimbang dengan duit yang masuk.
Adakalanya Mat
tidak dapat bayangkan sekiranya Tan Sri Annuar Musa sudah tidak bersama Kafa
lagi.
Mana tidaknya,
hanya beliau sahaja yang sering bersuara demi Kelantan dan selalu memberi
pelbagai alasan terhadap masalah kewangan yang dihadapi oleh Kafa.
Bagi Mat, yang
penting masalah kewangan ini janganlah sampai menyebabkan pasukan Kelantan
terkubur.
sumberArtikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/ambil-iktibar-daripada-masalah-dihadapi-kafa-1.490265#ixzz4jJVVkc9r
© Utusan Melayu
(M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan