Isnin, 26 Jun 2017

Giliran Johor tumbangkan MyTeam



ARKIB : 15/05/2006

JOHOR BAHRU - Skuad bola sepak realiti TV, MyTeam mengalami kekalahan keduanya menjelang perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan, kali ini kepada Pilihan Johor 0-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, semalam.

MyTeam yang mengumpul pemain hasil pencarian bakat di seluruh negara, tewas dengan jaringan penyerang import tuan rumah, Ahmad Latif Khamarudin menerusi sepakan percuma sejauh 25 meter pada minit ke-62.

Skuad pelawat bimbingan bekas pemain Johor dan kebangsaan, Serbegeth Singh sebelum ini menentang dua lagi pasukan Liga Perdana yang menyaksikannya dibenam Kedah 0-3 tetapi mengatasi PKNS 1-0.

MyTeam akan menentang pasukan kebangsaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Mei sebagai kemuncak persembahan siri realiti TV yang ketika ini disiarkan di sebuah stesen televisyen swasta.

Sementara itu, dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Sarawak menewaskan UPB Perak 3-2 untuk terus memburu tiket play-off ke Liga Super musim depan dan Piala Malaysia.

UPB Perak mengejutkan Sarawak apabila mendahului dua kali sebelum skuad Bujang Senang bangkti menerusi jaringan Ivan Jagovic pada minit ke-32 dan dua daripada Bobby Gonzalez minit ke62 dan 71. UPB Perak mendapat gol hasil jaringan Ian Lloyd McKenneth dan Saiful Rosli (30 dan 43)

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0515&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4l605pbKW
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan