ARKIB : 07/07/2001
TELEKOM Melaka menyekat
kemaraan pendahulu bola sepak Liga Perdana Dua, Johor FC apabila mencatat
kemenangan 2-1 pada perlawanan di Stadium Kubu, semalam.
Chong Chee Wai membuka jaringan
pasukan tuan rumah pada minit ke-55 dan Shahrul Ardan Adenan menggandakan
jaringan minit ke-75. Gol tunggal Johor FC dihasilkan Eddie Helmi Abd. Manan
(89).
Di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV,
Kota Bharu, TNB Kelantan turut mencipta kemenangan di tempat sendiri dengan
kemenangan 3-1 ke atas Brunei.
Gol tuan rumah dijaringkan oleh
Abdul Latiff Jusoh minit ke-18, Rosli Ismail (45) dan Mohd. Zakri Bidi (89)
manakala gol tunggal Brunei dijaringkan Mohd. Subhi Abdillah Bakir (55).
Di Stadium KLFA, Cheras,
perlawanan antara KL Malay Mail dan Tentera terpaksa ditangguhkan selepas
perlawanan terhenti pada minit ke-52 akibat lampu limpah terpadam. Ketika itu
Tentera mendahului 1-0 menerusi jaringan Ahmad Nizam Ariffin minit ke-28. Perlawanan
akan dimainkan semula petang ini di tempat yang sama.
Kedah turut memperbaiki
kedudukan walaupun sekadar seri 1-1 dengan Polis di Stadium Darulaman, Alor
Setar.
Gol Kedah dijaringkan Adrien
Jurat Chamrong minit ke-24 dan gol penyamaan Polis hasil jaringan Shahril Nizam
Mustafa minit ke-75
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4bfyF90kJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan