ARKIB : 07/08/2003
PPASUKAN MPPJ Selangor membuat
kejutan apabila menewaskan juara Piala FA, Negeri Sembilan 4-1 dalam perlawanan
bola sepak play-off Liga Super di Kelana Jaya, semalam.
Bagaimanapun, MPPJ terlebih
dahulu dikejutkan jaringan awal pasukan lawan menerusi Affendi Malek seawal
minit ke-7. Tersentak dengan gol itu, MPPJ menggandakan asakan sehingga berjaya
menghasilkan empat gol.
Anuar Abu Bakar melakukan hatrik
pada minit ke-22, 65 dan 88 dengan dua daripadanya dijaringkan menerusi
tandukan. Manakala satu lagi gol MPPJ dijaringkan pemain import mereka,
Martelotto pada minit ke-56.
MPPJ jelas menguasai perlawanan
menerusi permainan yang lebih tersusun berbanding dengan Negeri Sembilan.
Sementara itu, juara Perdana Dua,
Public Bank Selangor menepati ramalan apabila mengatasi Johor 3-1 di Stadium
Selayang.
Public Bank mendapatkan jaringan
menerusi Zulkifli Che Din pada minit ke-12 dan gol sendiri pemain Johor Shahril
Nizam Khalil pada minit ke-64. Satu lagi gol dijaringkan penjaring terbanyak
Perdana Dua musim ini, Ivan Ziega pada minit ke-67.
Johor pula memperoleh jaringan
tunggal mereka menerusi Suhaimi Jamil pada minit ke-70.
Di Stadium Sarawak, Kuching,
pasukan tuan rumah, Sarawak mengalahkan Telekom Melaka 3-1. Gol-gol Sarawak
diperoleh menerusi Robert Ishun (23), Sapian Wahid (65) dan Wong Sai Kong (74)
manakala jaringan tunggal Telekom Melaka oleh Nazzab Hidzan (81) menerusi
sepakan penalti.
Telekom turut memperoleh satu
lagi sepakan penalti dalam perlawanan itu tetapi ia gagal disempurnakan Issac
Kufour.
Di Stadium Pasir Gudang, Johor FC
mencatat kemenangan tipis apabila menewaskan Kelantan 1-0. Gol Johor FC
dihasilkan Ivan Zelic pada minit ke-31.
Perlawanan play-off membabitkan
lapan pasukan ini menggunakan format secara timbal balik di mana perlawanan kedua
akan dilangsungkan Sabtu ini
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4dBsBvcQD©
Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan