Selasa, 25 April 2017

MPPJ juara Liga Perdana

ARKIB : 14/08/2004
MAJLIS Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) bangkit daripada ketinggalan sebelum berjaya dinobatkan sebagai juara Liga Perdana 2004 dengan menewaskan Telekom Melaka 3-2 dalam perlawanan di Stadium KLFA Cheras, semalam.
Pemain import MPPJ, Brenezac Fasa muncul wira pasukan itu dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90.
Terdahulu Fasa turut membuka jaringan pertama pasukannya pada minit ke-40 sebelum Telekom Melaka membalas dua gol menerusi Tengku Hasbullah Raja Hassan pada minit ke-50 dan penalti ketua pasukan, Nazzab Hidzan pada minit ke-65.
Bagaimanapun Telekom Melaka yang merupakan juara Kumpulan A gagal mempetahankan kelebihan itu.
Sebaliknya juara Kumpulan B, MPPJ berjaya menyamakan kedudukan menerusi Bruno Sebastian Martelotto pada minit ke-86 sebelum Fasa menjaringkan gol kemenangan yang dianggap kontroversi pada minit-minit terakhir permainan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan