ARKIB : 04/04/2004
PASUKAN bertaraf kelab, Public bank Selangor terus membuat kejutan
apabila menewaskan Pulau Pinang 3-1 dalam saingan bola sepak Piala Super
di Stadium Shah Alam, semalam.
Gol-gol Public Bank dihasilkan jaringan hatrik Gustavo Andres Fuentes pada minit ke-20, 63 dan 70.
Jaringan tunggal Pulau Pinang pula diperoleh menerusi M. Nagarajan pada minit ke-49.
Juara liga, Perak pula hanya seri tanpa jaringan dengan Perlis di Stadium Perak.
Tidak banyak peluang dan gerakan menarik dicipta kedua-dua pasukan dengan bola lebih banyak berlegar di tengah padang.
Sementara itu di Stadium Likas, Kota Kinabalu, pasukan pelawat Kedah terus dirundung malang apabila tewas 2-1 kepada Sabah.
Penyerang Akmal Rizal Rakhli menceriakan skuad Kedah menerusi jaringannya pada minit ke-25 tetapi kegembiraan pasukan pelawat tidak lama apabila Leosmar S. Nascimento menyamakan kedudukan dua minit kemudian.
Sebaliknya Robert Mark Gasper menambah derita Kedah apabila memperoleh gol kemenangan Sabah pada minit ke-56.
Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, tuan rumah Pahang terikat 1-1.
Bagaimanapun, Pahang dikejutkan oleh jaringan pendahuluan Sarawak yang dihasilkan Kim Tyrone Grant pada minit ke-42 sebelum Indra Putra Mahayuddin menyamakan kedudukan pada minit ke-46.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan