ARKIB : 27/06/1998
JOHOR FC mencatatkan kemenangan
pertama dengan menewaskan Tentera 2-1 pada pusingan kedua bola sepak Perdana
Dua di Stadium Larkin, Johor, malam tadi, lapor ISHAK SALLEH.
Gol pertama Johor FC dijaringkan
oleh Aytek Genc pada minit ketujuh apabila penjaga gol Tentera, Aris Fadilah
Aziz gagal menampan kemas bola tendangan Mohd. Nahar Hamid lalu disambar oleh
Aytek untuk meletakkan Johor FC satu gol di hadapan.
Hujan lebat yang mulai turun
pada minit ke-55 sebaliknya memberi tuah kepada pasukan pelawat, Tentera
apabila dihadiahkan satu gol oleh pertahanan Johor FC, Suhaimi Jamil pada minit
ke-70.
Suhaimi yang cuba memberikan
bola kepada penjaga gol, Amirullah Ghani telah menendang dengan agak kuat dan
Amirullah yang cuba menahan dengan menggunakan kaki gagal mmenyelamatkan bola
itu lalu masuk ke gawang sendiri.
Johor FC yang ketinggalan terus
mengasak dan berjaya menambah satu lagi jaringan pada minit ke-83 melalui Aytek
yang berjaya mengambil kesempatan daripada kekecohan di hadapan pintu gol
Tentera.
Dalam perlawanan pusingan
kedua, Johor FC telah bermain sebanyak tiga kali, sebelum ini seri kedua dua
perlawanan semasa menentang Polis 3-3 dan Kelantan 1-1.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_06.htm#ixzz4K1ciqaup
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan