ARKIB : 26/05/1998
Merah Kuning terus tenggelam
JUARA Piala Malaysia 1997,
Selangor meneruskan musim suram apabila kecundang 0-2 di tangan tuan rumah,
Negeri Sembilan pada perlawanan Perdana Satu di Stadium Tuanku Abdul Rahman,
Paroi, Seremban, malam tadi, lapor SHAZALI HUSIN.
Beraksi di hadapan lebih 7,000 penyokong,
Negeri Sembilan melancarkan serangan sejak awal permainan untuk mendahului
gergasi Lembah Klang itu pada separuh masa pertama.
Gol pertama hadir pada minit
ke-12 menerusi Ching Chong Aik yang menanduk masuk bola selepas menerima
hantaran bola lintang dari sebelah kanan gol yang gagal diselamatkan oleh
penjaga gol Selangor, Abdul Hadi Mat Tahir.
Begitupun, Selangor yang tidak
menurunkan penyerang berbisa mereka, Azman Adnan dan Alexander Freeman tidak
berputus asa dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-32.
Malangnya, sepakan kencang yang
dilakukan oleh Mohd. Rizal Hassan tepat ke pangkuan penjaga gol, Mohd. Yazid
Mohd. Yassin yang beraksi cemerlang malam tadi.
Empat minit, Negeri Sembilan
menghasilkan gol kemenangan menerusi penyerang importnya, Pedro Oliveira yang
seterusnya melenyapkan sokongan penyokong Selangor.
Tendangan percuma yang diambil
oleh Pedro di depan pintu gol Selangor itu meluru tepat ke gawang lawan.
Sepakan percuma itu diberikan
oleh pengadil, Halim Abd. Hamid setelah Zainal Abidin Hassan menghantar balik
bola ke belakang penjaga gol.
Pedro yang dipertanggungjawab
mengambil tendangan itu melepaskan sepakan kencang untuk terus menjunam ke
jaring.
Namun begitu, Negeri Sembilan
terlepas dua peluang terbaik untuk menambah gol akibat kegopohan M. Balan dan
Halim Jantan yang membuat sepakan kencang tersasar di tepi jaring.
Begitu juga gergasi Lembah
Klang turut kecewa kerana kehadiran pemain import Fidadi Mohamed tidak memberi
ancaman buat tuan rumah dengan sentuhan serba tidak menjadi.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_05.htm#ixzz4JqSrqU7y
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan