Jumaat, 22 Julai 2016

JDT mengukuhkan kedudukan pendahulu Liga Super

ZAZALI JAMIAN  |  22 Julai 2016 11:25 PM
KUCHING, 22 Julai -- Pemain Johor Darul Takzim (JDT), Marcos Antonio
KUCHING, 22 Julai - Pemain Johor Darul Takzim (JDT), Marcos Antonio meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang Sarawak dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri malam ini.- FotoBERNAMA
KUALA LUMPUR 22 Julai – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super apabila berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan berturut-turut selepas menewaskan Sarawak 2-1 di Stadium Negeri, Kuching malam ini.
Walaupun beraksi di tempat lawan, JDT mempamerkan aksi positif dan tidak menghadapi masalah untuk mendahului dua gol sebelum memberikan peluang kepada tuan rumah untuk mempamerkan kebangkitan.
Gol pertama perlawanan dihasilkan oleh pemain pertahanan Marcos Antonio pada minit ke-22 sebelum Azniee Taib menambah jaringan untuk Harimau Selatan pada minit ke-70.
Usaha tuan rumah untuk mengejar kedudukan jaringan akhirnya berhasil dilaksanakan pada minit ke-78 menerusi penyerang Syahrul Azwari Ibrahim tetapi hanya itu yang mampu mereka lakukan.
Tiga mata yang diraih JDT di Kuching membolehkan anak-anak buah Mario Gomez mengumpul 36 mata selepas 14 perlawanan sekali gus selesa dengan kelebihan lima mata di atas pasukan di tempat kedua Felda United yang bakal beraksi menentang PDRM esok.
Sarawak kekal di tangga kesembilan liga dengan 12 mata.
Sementara itu Melaka United pula mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Perdana selepas menumpaskan DRB-Hicom 2-0 di Stadium Hang Jebat, Paya Krubong. – UTUSAN ONLINE
Keputusan
Liga Super
SARAWAK 1 JDT 2
Liga Perdana
SABAH 1 PKNS 3
KUALA LUMPUR 4 PERLIS 3
KUANTAN FA 0 ATM 0
N. SEMBILAN 1 JDT II 3
MELAKA UNITED 2 DRB-HICOM 0
UITM lwn SIME DARBY (Ditunda)

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-mengukuhkan-kedudukan-pendahulu-liga-super-1.361110#sthash.q2IxCdbW.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan