ARKIB :
08/01/1998
SELANGOR meminta
maaf kerana tidak dapat melepaskan penjaga golnya, Azlisham Ibrahim kepada
Perak dalam usaha menyelesaikan masalah benteng terakhir skuad Seladang pada
Liga Perdana musim akan datang.
Pengurus
Pasukan, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, beliau telah dihubungi
oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Aini Taib kelmarin
yang menyatakan Selangor masih memerlukan khidmat Azlisham.
''Perak
sebenarnya ingin meminjam Azlisham bagi mengatasi masalah kelemahan pintu
golnnya yang begitu ketara sekarang,'' kata Raja Ahmad di Ipoh semalam.
''Jika Selangor
tidak dapat melepaskan penjaga golnya itu, Perak akan beralih pula ke Negeri
Sembilan,'' ujarnya.
Raja Ahmad
menyatakan usaha-usaha sedang dijalankan bagi membawa pulang V. Murugan yang
bermain dengan Negeri Sembilan sejak beberapa musim lalu.
Murugan yang
berasal dari Sungai Siput telah beraksi dengan Perak pada tahun 1990 dan 1991
tetapi selepas itu beliau bermain dengan Kuala Lumpur dan Selangor.
Selain Murugan,
Raja Ahmad berkata, tiga penjaga gol dari negeri lain turut menjadi idaman
Perak tetapi enggan mendedahkan identiti mereka.
Sebelum ini,
Perak dikatakan cuba memancing penjaga gol kebangsaan, Khairul Azman Mohamad
yang mewakili Sabah tetapi Pengurus Pasukan itu menafikannya.
Raja Ahmad
berkata, skuad Seladang itu tidak berhasrat ' mengganggu' Khairul kerana beliau
masih mempunyai kontrak dengan Sabah.
Perak tertekan
untuk mencari penjaga gol berwibawa musim depan apabila bekas penjaga gol
Kedah, Azmi Mahmood yang diharapkan mempamerkan keunggulannya gagal memberi
sumbangan yang bermakna musim lalu.
Akibat kegagalan
tersebut Perak telah menamatkan kontrak Azmi pada bulan Oktober lalu dan
berusaha mencari penjaga gol baru.
Penamatan
kontrak Azmi menyebabkan Perak terpaksa menggunakan dua penjaga gol tempatan,
Azhar Ahmad dan Ramzi Razuwan dalam Piala Malaysia yang lalu.
''Perak perlu
mencari penjaga gol yang berwibawa supaya semangat lain-lain pemain tidak mudah
luntur,'' tambah Raja Ahmad.
Katanya, jika
pintu gol mudah dibolosi oleh pihak lawan akan menyebabkan semangat juang lain-lain
pemain yang bekerja keras bagi menjaringkan gol lemah.
Namun begitu
Perak tidak berhasrat tidak berhasrat untuk mengambil penjaga gol import kerana
percaya penjaga gol tempatan masih berupaya melakukannya.
Perak sudah
mempunyai dua pemain import dari Hungary, Laszlo Repasi yang muncul penjaring
terbanyak Liga Perdana musim lalu dan Janos Krecska yang beraksi di benteng
pertahanan.
Pemain import
ketiga skuad Seladang itu sudah diisikan oleh seorang lagi pemain Hungary yang
sedang bermain dengan kelab dalam liga di sebuah negara Eropah.
Sumber-Artikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_04.htm#ixzz4FDo6a5o3
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan