ARKIB :
08/01/1998
NEGERI Sembilan
menjanjikan rentak persembahan berlainan apabila beraksi pada bola sepak Liga-M
musim ini sejajar dengan kemasukan beberapa muka baru dalam skuad tersebut,
kata jurulatih M. Karathu.
Beliau berkata,
penyertaan bekas penyerang Sabah, Scott Ollerenshaw dalam skuad Rusa musim ini
sepastinya memerlukan gandingan jentera serangan yang mantap dan pantas.
''Usaha mencari
gandingan Scott perlu dibuat kerana pemain itu terkenal dengan gerakan pantas
dan cepat, oleh sebab itu gandingannya juga memerlukan larian yang pantas,''
katanya.
Karathu yang
kembali ke pangkuan Negeri Sembilan selepas mengumumkan pengundurannya sebelum
ini menyatakan demikian ketika ditemui di Seremban, semalam.
Selain Scott,
dua pemain Selangor, Shahrin Majid dan Talib Sulaiman turut mengesahkan
penyertaan bersama skuad Rusa di samping pemain tengah Pahang, Raizuah Idris.
Beliau memberitahu,
skuad Rusa juga akan meletakkan seorang pemain import di posisi pertahanan
sebagai langkah untuk mengukuhkan lagi benteng tersebut.
Ditanya mengenai
latihan, beliau berkata, latihan skuad Rusa dijangka bermula pada minggu depan
dan setiap pemain perlu meletakkan komitmen yang tinggi untuk berjaya pada
musim ini.
Mengulas isu
rasuah, jelas beliau, adalah sukar bagi membuktikan seorang pemain terbabit
dengan rasuah kerana kredibiliti pemain bergantung kepada keikhlasan pemain itu
ketika bermain dengan pasukannya.
SUMBER-Artikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4FDuZ4Bz7
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan